Bismillahirrahmanirrahim ....
Alhamdulillah,setelah agak lama tidak menulis, saat ini saya diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus menulis dan berkongsi ilmu di laman blog ini.
'Berjalan-jalan' di blog dan 'wall fb' sahabiah,banyak yang berkisar tentang cinta.Kenapa mesti cinta?? Jawapannya kerana cinta itu fitrah insan.Namun bercinta itu ada batas-batas yang perlu diambil kira.Sesuai dengan saya yang seorang remaja,saya bawakan perkongsian tentang cinta remaja.
cinta islamik???
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan
dicintai.Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka dilamun cinta ini menjadikan
agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang
sudah terang-terangan dalam islam.Antara ayat-ayat yang sering kali diungkapkan
seandainya berbicara tentang cinta adalah :
'ala..aku
couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya
cintakan awak kerana Allah..'
'Kita
couple tapi bukan buat maksiat pun..'
'kita couple cara islamik.mesej pon hantar kata-kata,hadith etc..'
Firman
Allah S.W.T:
"Dan
janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan
yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah
menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini
iman kita setinggi gunung tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih rendah dari rumput di tanah. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita
sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum
adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan
diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon
berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan
membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
Sedarlah sahabat,kejar cinta Dia dahulu sebelum kejar cinta 'dia' kerana kelak Dia yang kamu cinta akan berimu cinta yang lebih hebat. =)
'macam
mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau
minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'tak apa
kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita
couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat,
andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia
terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang
mengetahui segala-galanya.
Menolak
cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%
tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah
yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang
berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.
Begitulah juga sebaliknya.
Firman
Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk
laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Sahabat,,yakin lah pada janjinya.Jika kita inginkan yang soleh maka solehah kan lah diri kita terlebih dahulu begitu juga sebaliknya.Ayuh kejar Redha Allah.
Untuk
sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'fitrah kehidupan' ini memang
pahit, tapi yakinlah bahawa imbalannya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita
sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai
sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram,
sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan
percintaan sebelum pernikahan. Tiada istilah 'couple islamik' dalam islam.
Lets strive for mardhatillah..^^
Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.
Maka cintailah DIA dan RasulNya terlebih dahulu dari mencintai makhluk di alam fana ini. Kelak DIA akan tunjukkan jalanNya, jalan yang diredhainya...Insya'allah.
ReplyDeleteaiwah ..(^_^)
Deleteassalammualaikum..awk sy nk copy dan nk sebar kn bley x?tu pun klu awk izin kn....terima kasih
ReplyDeletewaalaikumussalam wbt..tafadhali.. silakan.. ilmu Allah ^^<
Deleteterima kasih > _ <
ReplyDeletesama2.. ^_^
Delete