Allahumma solli ala Muhammad.
....................................
Petang yang damai ditemani Lautan biru yang
terbentang di hadapan kelihatan sangat indah. Ditambah dengan suasana yang
ceria dengan keletah manusia yang berbagai ragam di sekilingnya.
Mereka juga mempunyai cerita mereka sendiri samada
bahagia atau derita. Syifa’ tersenyum kecil. Inilah kehidupan, ada asam garam
dan pahit manis dalam meniti perjalanan hidup.
Sambil
kakinya mengayun perlahan buaian yang dinaikinya. Matanya masih tertumpu ke
hadapan. Jilbab hijau lembut yang dipakainya menari-nari disapa angin.
“Hidup ini penuh dengan ujian. Tanpa ujian tiadalah seri dalam kehidupan. Dan tiadalah manusia yang hidup bersyukur kepada Tuhan. Allah bagi ujian tanda Dia sayang. Hadapilah ia dengan akal dan ketenangan.”
Melihat keindahan alam ciptaan Allah
ini ubat kepada kegalauan hati Syifa’. Ditangannya terdapat sepucuk surat
tulisan tangan.
Ditakdirkan Allah semasa sedang
mengemas barang-barang lama beberapa hari yang lepas, dia terjumpa satu kotak .
kotak yang tersimpan
1001
kenangan bersama insan itu. Dibuka perlahan-lahan. Terpampang
satu gambar yang mengusik hati kecilnya. Syifa’ sebak. Matanya berkaca-kaca
menanti air mata yang seakan-akan tidak sabar untuk mengalir. Satu perkataan
yang dapat diungkap.
Rindu.
Dibelek satu persatu gambar. Dia
tersenyum dan tertawa sendiri. di bawah sekali terdapat surat-surat yang
menjadi kenangan terakhir yang pernah diutus bersama kesayangan. Kelihatan satu
sampul yang masih belum diusik. Syifa’ mengambil sampul itu dan dibuka
perlahan-lahan.
‘dah tiba masanya untuk aku baca surat
ni.’
…………………………………………………………………………………..
Hari ini genaplah 3 tahun pemergianmu kesayangan.
Akanku cuba galas amanah dan pesanan yang kau tinggalkan kepadaku dengan
sebaiknya.
Pemergianmu diiringi doa, redha dan
kemaafan daripada ibu dan abah. Tenanglah engkau disana.
Allahyarham Muhammad Najmi bin Ahmad
11/11/90 ~ 23/03/14
Kesayangan hati
Issues in identifying the verification process in Gdax Support
ReplyDeleteIs your Gdax account unverified? Well, verified users get supplementary interests and account should be verified for the security purpose. If you don’t know the verification process, you can dial Gdax Support Number and avail the comprehensive process in a stepwise manner so that you can easily remember the solutions and able to achieve it without any impediments. The professionals are always active and have all the tricks and methods to resolve the issue that generates troubles in the verification process of Gdax.
Gdax Customer Support Number
Gdax Phone Number
For more info: https://www.cryptophonesupport.com/wallet/gdax/