Bismillahirrahmanirrahim...
Di keheningan pagi,kini jari-jemari lancar
bergerak memuntahkan rahsia hati.Kalam suci membuai hati merindu ILAHI .Kerana
seorang srikandi yang dikagumi aku kembali menjari serpihan-serpihan mujahidah
sejati dengan izinNya.Dia srikandi yang dirindui.Kalamnya membuat aku bicara
sendiri tentang hakikat duniawi.
Kalamnya meresap dilubuk hati hatta memadam
kegusaran yang diratapi..
"Ya Allah, aku rindukan ukhtiku ini,yang
membawa ku mengenalMu dini hari.Semoga ukhwah ini dirahmati dan kekal hingga
syurgawi.Kau kurniakanlah aku ketabahan seperti tabahnya Maryam apabila
diuji.Kau ubatilah rinduku pada ukhtiku ini ."
p/s : lekas sembuh ya Kak Nur..semoga tabah dengan ujian ni... Moga-moga Allah pertemukan kita.. =') |
No comments:
Post a Comment