Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 6 December 2015

Kasih Tanpa Putus

Bismillahirrahmanirrahim..
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: 

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.
 (Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

Alhamdulillahirrabbil alamin.

Allahumma solli alaihi wasallam.

Kasih sayang itu tali, kasih sayang pengikat hati, tanpa kasih dan juga sayang, hidup ini apalah erti.

Benarlah keluarga yang paling banyak berkorban. Ingin saya kongsikan satu kisah. Kisah yang sangat menyentuh hati saya sendiri.
Ketika saya didapati mempunyai symptom-2 dystonia. Sejenis penyakit saraf, kekurangan yang semakin saya rasai dalam diri adalah saya sering menyusahkan org sekeliling walaupun mereka menafikan.
Apalah daya insan kerdil seperti saya untuk tidak mengeluh, cengeng dan menjadi terlalu sensitive apabila mendengar mulut2 org berkata-kata.
Sayalah anak, adik yang paling mudah mendapat sakit. Sayalah yang paling cerewet tentang makanan. Walaupun kata2 yang dilontarkan daripada mulut2 mereka itu biasa, namun ingatlah hati ini yang merasa perit sangat terluka. Apalah daya saya insan lemah lagi x punya apa-apa, senang ditindas dek kerana mereka itu merasakan sudah sempurna.

Tapi ujian itu yang membuatkan saya sedar, satu2nya penguat saya selepas Allah adalah keluarga. Satu hari, abah membawa saya check up di klinik berdekatan. Dengan kudrat badan yang lemah digagahkan juga, sabarnya abah menanti saya berjalan dgn perlahan berada disisi tanpa meninggalkan. Sebagai anak gadis abah yang menginjak dewasa, perasaan malu itu sedikit sebanyak tertanam dalam diri saya. Saya tidak pernah mencium dan memeluk abah seperti zaman kanak2 dahulu. Seingat saya kali terakhir saya memeluk abah semasa saya di sekolah rendah.

Berbalik kepada cerita saya tadi, semasa menanti giliran untuk masuk ke bilik doctor, tangan saya cramp and shaken suddenly. Mungkin effect ubat. Abah urut tangan saya dengan riak wajah yang risau.. membuatkan hati saya sekali lagi tersentuh dan mata saya mula berair. Alhamdulillah, abah lah hero saya dan keluarga saya. Saya sedar dengan keadaan keluarga kami yang kecil ini, kami akan saling bergantung harap. Ibu saya pula, bilamana mendapat tahu saya sudah berhenti kerja dek kerana penyakit saya, ibu ada riak lega bercampur sedih. Hati ibu mana tidak gembira melihat anak-anak yang tinggal jauh pulang menemani disisi, tapi dalam masa yang sama pasti hati insan itu luluh kerana anaknya hanya terbaring lemah tanpa daya. Mungkin pada ketika itu, ibu dan abah membayangkan saya bakal menyusul abang dan kakak ke-2 saya yg telah kembali ke pangkuan Sang Pencipta. 

Yang terakhir, tidak lupa juga, ukhti mahbubah .satu-satunya saudara yang saya ada. Tegasnya dia kerana sayangkan saya. cekalnya dia kerana tanggungjawabnya kepada keluarga. Kasihnya dia, hanya bisa ditafsir dengan hati yang sayangkan dia. Itu lah kakak saya.

Alhamdulillah, kerana sakit itu kafarrah dosa, istighfar menjadi zikir lisan di bibir saya. Banyak hikmah yang saya cerna baik-baik. Hadam ia sehingga redha itu menjadi penenang hati saya.


1.    Setiap sakit itu kaffarah dosa, tapi jangan lupa istigfar moga dosa2 itu terampun semua.
2.   Keluarga itu ibarat darah O . Tak pernah lokek untuk memberi.
3.    Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah. Hanya kita sebagai hambaNya perlu berdoa moga kita matinya dalam keadaan husnul Khatimah.

 

Indahnya kasih Allah, diberi apa yang kita perlu bukan yang kita mahu kerana letaknya percaturan Allah agar dapat menentu takat  mana Iman yang kita sendiri tidak tahu.

Wallahu A’lam.



Saturday 12 September 2015

Cintakan Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah ala kulli Nikmah..
Allahumma salli ala saidina Muhammad..

Cinta. Hanyalah sebuah kata. Tapi dengan hanya mengaitkannya dengan sesuatu, maka sesuatu itu boleh menjadi menarik dan diminati ramai orang. Jika ia diletakkan pada cover sebuah novel, maka dalam hanya bilangan hari, novel itu akan habis dibeli orang. Jika ia disematkan pada suatu rangkaian kata yang membentuk tajuk sebuah film, maka dalam masa kurang dari seminggu, pawagam-pawagam yang memutar film itu akan sesak dipenuhi penonton. Jika ia dituliskan pada apapun produk, apatah lagi ditambah gambar love, hmm.. maka anak-anak, muda-mudi, sampai orang tua sekalipun akan berlomba untuk mendapatkannya untuk kemudian diberikan kepada orang yang disayangi. Dahsyat. Luar biasa. Dan perkara-perkara ajaib tadi adalah efek dari hanya sebuah kata. Ya, cinta.

Namun jangan sampai kita menyempitkan makna kata cinta. Cinta bukanlah hanya sebatas cinta kepada manusia. Tentunya yang paling penting dan paling utama adalah cinta kepada Allah swt, kemudian kepada Rasulullah Muhammad saw. Tapi sebagai implikasi dari cinta kepada Allah dan Rasul itulah kita juga mesti cinta kepada kebaikan. Kerana Allah dan rasulnya memrintahkan kita untuk senantiasa berbuat kebaikan. Kebaikan sangatlah banyak dan beragam, diantaranya adalah menuntut ilmu. Dalam potongan sebuah ayat yang sudah sangat kita kenal dan mungkin sudah kita hafal, Allah berfirman dalam surat Al Mujaadilah ayat 11,
“…niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

ILMU pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Nabi Muhammad banyak memperingatkan umat Islam akan hakikat ini menerusi banyak hadisnya. Di antaranya: "Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap umat Islam (lelaki dan perempuan)".
“Kelebihan seorang alim (ilmuwan) terhadap seorang ‘abid (ahli ibadah) ibarat bulan purnama terhadap seluruh bintang.” (HR. Abu Dawud)

"Siapa yang berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." (HR. Muslim)

"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah (pada jalan Allah) hingga kembali."
Daripada hadis di atas, jelas bahawa Islam adalah addin yang cintakan ilmu pengetahuan. Islam dan ilmu tidak boleh dan tidak sepatutnya dipisahkan. Malah kepentingan ilmu ini dapat dikesan kepada penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam menerusi wahyu Allah dalam al-Quran yang bermaksud:
"Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar". Malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jugalah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka selepas Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan."
Ulasan ahli tafsir mengenai firman Allah ini merumuskan bahawa ilmu pengetahuan itu memberikan kelebihan kepada manusia berbanding makhluk lain. Manusia dikurniakan akal fikiran, anugerah Allah yang tidak diberikan kepada makhluk lain.
Oleh itu, akal fikiran yang dianugerahkan Allah ini sewajarnya digunakan dengan sebaik-baiknya dengan mengisinya dengan ilmu pengetahuan berguna. Jika ini tidak dilakukan, maka akan sia-sia akal fikiran yang dimiliki manusia.
Dalam al-Quran juga diperjelaskan bahawa martabat orang berilmu itu tinggi dan mereka mempunyai kelebihan berbanding orang tidak berilmu. Firman Allah maksudnya:
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?" Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."
Seterusnya martabat dan kedudukan orang berilmu pengetahuan diperjelaskan lagi oleh Allah dalam satu lagi ayat al-Quran, yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu, dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."
Semestinya membicarakan ilmu pengetahuan, maka kita perlu memperkatakan cara atau kaedah untuk memperolehnya. Tidak dinafikan bahawa cara memperoleh ilmu paling berkesan adalah menerusi pembacaan. Wahyu pertama yang diturunkan sebagai watikah pelantikan Muhammad ibn Abdullah sebagai Nabi dan Rasul terakhir dimulakan dengan perkataan iqra. Firman Allah bermaksud:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
 Kalimah iqra yang diterjemahkan kepada 'bacalah' adalah satu fi'il 'amar (kata perintah). Kata perintah ini mengandungi seribu satu rahsia yang jika dikupas dapat membawa umat Islam ke arah kejayaan duniawi dan ukhrawi. Membaca juga sering dikiaskan sebagai kunci kepada ilmu pengetahuan. Hanya dengan membaca - bukan dengan mendengar, bercakap, meniru atau menghafal - seseorang itu dapat mendalami sesuatu ilmu pengetahuan.
Wahyu pertama yang disebut di atas itu signifikan kerana dua faktor. Pertama, wahyu pertama ini adalah bersifat saintifik kerana mengandungi maklumat proses kejadian manusia.
Fakta sains ini hanya terbukti secara ilmiah berkurun-kurun kemudian apabila pengetahuan manusia bertambah menerusi penemuan sains dan teknologi yang lain.
Kedua, Allah menyebut dengan jelas cara dan kaedah yang perlu diamalkan oleh manusia dalam proses menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan.
Pertama, dengan membaca. Kita ketahui bahawa membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan.
Kedua kita perlu menyebarkannya menerusi penulisan. Inilah kaedah yang digunakan sejak dulu lagi untuk menyebar luas ilmu pengetahuan. 
Kerana itu juga hadis Rasulullah dihimpunkan dalam bentuk tulisan supaya terpelihara daripada hilang dan tokok tambah mereka yang tidak bertanggungjawab. Apabila al-Quran dihimpunkan dan kemudiannya dibukukan, maka usaha ini turut menjamin al-Quran akan terus terpelihara kesuciannya hingga hari ini.

Ilmu itu umpama binatang buruan, dan tulisan itu umpama pengikatnya.

Wednesday 26 August 2015

Baru

Bismillahirrahmanirrahim…


Allahumma Salli Wasallim Ala Wabarik wassallim..

Ruangan ini tampak sepi daripada kata-kata yang terbit dari hati dan ilham itu datang daripada Allah. Bukan tidak punya idea atau isi, tapi ku tak punya kekuatan untuk meluahkan.. merasakan diri ini masih mentah dan tidak layak untuk memberi sedangkan diri sendiri masih terumbang ambing di pelayaran yang tidak ku tahu hujungnya di mana dan bagaimana.

Adakah pelayaranku berjaya mencapai Mardhatillah ? atau hanya separuh jalan dan tenggelam di lautan nikmat dunia hanya kerana imanku nipis seperti kulit bawang. .
Benarlah ada yang berkata,

“menjadi penulis atau pendakwah , apa yang disampaikan kepada mad’u akan diuji kepada diri sendiri juga . Cuma menanti waktu cepat atau lambat”.
Dan disaat diri teruji apakah tali yang kau pegang untuk terus bertahan. Semoga Allah lah sebaik2 Penolong dan Iman ku juga kamu tidak goyah hanya kerana musibah itu.

Doakan saya terus kuat untuk tetap berada di medan ini. Tahun baru, suasana baru, persekitaran baru, semoga IMAN tetap yang SATU.




Strive for Mardhatillah. (^_^)

TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...