Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Friday 24 March 2017

kesayangan

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma solli ala Muhammad.

....................................

Petang yang damai ditemani Lautan biru yang terbentang di hadapan kelihatan sangat indah. Ditambah dengan suasana yang ceria dengan keletah manusia yang berbagai ragam di sekilingnya.

Mereka juga mempunyai cerita mereka sendiri samada bahagia atau derita. Syifa’ tersenyum kecil. Inilah kehidupan, ada asam garam dan pahit manis dalam meniti perjalanan hidup.

 Sambil kakinya mengayun perlahan buaian yang dinaikinya. Matanya masih tertumpu ke hadapan. Jilbab hijau lembut yang dipakainya menari-nari disapa angin.

“Hidup ini penuh dengan ujian. Tanpa ujian tiadalah seri dalam kehidupan. Dan tiadalah manusia yang hidup bersyukur kepada Tuhan. Allah bagi ujian tanda Dia sayang. Hadapilah ia dengan akal dan ketenangan.”

Melihat keindahan alam ciptaan Allah ini ubat kepada kegalauan hati Syifa’. Ditangannya terdapat sepucuk surat tulisan tangan.
Ditakdirkan Allah semasa sedang mengemas barang-barang lama beberapa hari yang lepas, dia terjumpa satu kotak .

kotak yang tersimpan  1001 kenangan bersama insan itu. Dibuka perlahan-lahan. Terpampang satu gambar yang mengusik hati kecilnya. Syifa’ sebak. Matanya berkaca-kaca menanti air mata yang seakan-akan tidak sabar untuk mengalir. Satu perkataan yang dapat diungkap.

Rindu.

Dibelek satu persatu gambar. Dia tersenyum dan tertawa sendiri. di bawah sekali terdapat surat-surat yang menjadi kenangan terakhir yang pernah diutus bersama kesayangan. Kelihatan satu sampul yang masih belum diusik. Syifa’ mengambil sampul itu dan dibuka perlahan-lahan.

‘dah tiba masanya untuk aku baca surat ni.’


…………………………………………………………………………………..


Hari ini genaplah 3 tahun pemergianmu kesayangan. Akanku cuba galas amanah dan pesanan yang kau tinggalkan kepadaku dengan sebaiknya.
Pemergianmu diiringi doa, redha dan kemaafan daripada ibu dan abah. Tenanglah engkau disana.

Allahyarham Muhammad Najmi bin Ahmad
11/11/90 ~ 23/03/14
Kesayangan hati


TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...