Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday 28 January 2012

Islamic Love


Bismillahirrahmanirrahim ....
Alhamdulillah,setelah agak  lama tidak menulis, saat ini saya diberi peluang  oleh Allah SWT untuk terus menulis dan berkongsi ilmu di laman blog ini.
'Berjalan-jalan' di blog dan 'wall fb' sahabiah,banyak yang berkisar tentang cinta.Kenapa mesti cinta?? Jawapannya kerana cinta itu fitrah insan.Namun bercinta itu ada batas-batas yang perlu diambil kira.Sesuai dengan saya yang seorang remaja,saya bawakan perkongsian tentang cinta remaja.
cinta islamik???
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai.Sudah menjadi kebiasaan apabila mereka dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan dalam islam.Antara ayat-ayat yang sering kali diungkapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah :
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
'kita couple cara islamik.mesej pon hantar kata-kata,hadith etc..'

Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setinggi gunung tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih rendah dari rumput di tanah. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
Sedarlah sahabat,kejar cinta Dia dahulu sebelum kejar cinta 'dia' kerana kelak Dia yang kamu cinta akan berimu cinta yang lebih hebat. =)
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)


Sahabat,,yakin lah pada janjinya.Jika kita inginkan yang soleh maka solehah kan lah diri kita terlebih dahulu begitu juga sebaliknya.Ayuh kejar Redha Allah.
Untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'fitrah kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa imbalannya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Tiada istilah 'couple islamik' dalam islam.
Lets strive for mardhatillah..^^

Sungguh indah dan nyaman perasaan apabila mendapat kasih sayang daripada Tuhan yang sentiasa menyediakan segala keperluan kita, meluaskan keampunan dan rahmat-Nya kepada kita. Kemuncak daripada perjalanan kehambaan ini adalah apabila dijemput untuk menziarahi Allah di syurga kelak. Digambarkan oleh ‘ulama; apabila mendapat jemputan tersebut, hati terasa begitu berdebar bagaikan hendak tercabut jantung.

Monday 2 January 2012

Azam




Bismillahirrahmanirrahim ...

Alhamdulillah..pada hari ini,,jam ini,detik ini ..saya masih diberi peluang untuk menikmati hidup di dunia.Tahun 2011 sudah berlalu dan kini tahun 2012 sedang menjelang.Saya bukanlah seorang penulis sehingga bahasa saya berbunga-bunga.saya hanya seorang hamba yang sedang berusaha menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.

Menjelang tahun baru,ramai yang bertanya tentang azam masing-masing.Saya juga tidak terlepas dari ditanya. Azam saya nak meneruskan azam tahun lalu yang tidak kesampaian dan yang dirasakan masih belum dicapai..

Azam saya supaya :

Allah sentiasa menjadi kecintaan saya .

Nabi Muhammad saw sentiasa menjadi kerinduan saya.

Hormat saya pada kedua ibu bapa saya kekal sepanjang hidup saya

Gelaran anak yg solehah itu ada pada saya

Ilmu yang bermanfaat sentiasa saya timba

Wanita solehah itu adalah saya

Kejayaan dunia akhirat sentiasa milik saya

Mujahidah mukminah itu menjadi idaman saya

dan akhir sekali ...

Mati saya dalam keadaan khusnul khatimah.

sekian ...




"wahai tuhan yang membolak balikan hati,tetapkanlah hati kami diatas ugama Engkau dan tetapkanlah diatas mengerjakan ibadat kepadaMu..
wahai tuhan yang menjaga hati,peliharalah hati kami drp cenderung kearah kemaksiatan dan mengikut hawa nafsu..
wahai tuhan yang menciptakan hati,campakkanlah perasaan cinta dan rindu kpd-Mu dan kpd rasulMu,nabi Muhammad penghulu segala para anbia'.."


TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...