Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Monday 4 June 2012

Pengubat rindu As-Syifa'

Bismillahirrahmanirrahim…




Aku duduk di balik jendela merenung ke luar. Kabus pagi yang masih tebal membenamkan pemandangan bukit-bukit nan hijau .. Hati memuji Tuhan.Maha suci Allah yg telah mencipta alam seindah ini. Hatiku menjadi tenang serasa dekat dengan Yang maha Pencipta. 

 Aku membelek cincin dijari manisku.Cincin emas tanpa batu yang disarung oleh bakal ibu mertuaku sebulan lalu tanda aku telah ditunangkan dengan bakal Imamku. Demi menikmati ketenangan itu, Kenangan lalu menerjah lagi di fikiran. Menari-nari di ruangan mata.
gambar ihsan Mr.Google

*****

“assalamualaikum..salam ukhwah fillah..semoga ilmu yang ada dapat dikongsi bersama ya =)ENTER 

Aku menunggu balasan dari seorang kenalan baru. Yang banyak berkongsi ilmu di ‘group ukhwah’ .Satu-satunya forum yang aku sertai di alam maya.Aku harap dapatlah berkongsi ilmu sepertimana dengan sahabat-sahabat maya ku yang lain.

1 ‘notify’ muncul. Balasan dari dia. Seorang rijal yang ku kira tinggi ilmu pengetahuannya.

“waalaikumussalam. InsyaAllah.. semoga ada yang bermanfaat..semoga juga enti dapat berkongsi ilmu dengan ana yang jahil ini .. :)

Hari berganti hari entah bagaimana kami semakin akrab. Kami mempunyai matlamat hidup yang sama. Mendekatkan diri dengan Yang Maha Agung setalah lama tersorot jauh dari Dia Yang Esa. Kami berkongsi ilmu yang kami tahu. Aktif dalam forum yang kami sertai. Berkongsi masalah agama. Saling memberi nasihat. Dan itu menjadikan kami semakin akrab walau hanya di alam maya. Walau lansung tidak pernah bersua muka. 

Aku menyedari aku semakin menyayangi rijal itu lebih dari seorang sahabat. Fitrah Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu saling tertarik. Begitulah apa yang aku rasa. Kerana keprihatinannya. Aku juga dapat merasakan dia juga menyimpan perasaan terhadap aku. Ah! Permainan syaitan ini.
 Namun kami meneruskan hari-hari kami seperti biasa tanpa menghiraukan perasaan ini. 

Aku mempunyai caraku yang tersendiri untuk mengubah hidupku kerana arah tujuku masih jauh.aku sedar itu. Dunia semakin maju dan aku mengambil kesempatan itu dengan mencari maklumat di laman siber. Aku juga berkenalan dengan ramai orang. Mengutip ilmu yang mereka punya. Membaiki diri sendiri.  Hubungan persahabatan aku dan dia tetap seperti biasa.

Setelah hampir setahun kami bersahabat. Kata kawan-kawan ku,
“persahabatan tanpa pergaduhan adalah satu pembohongan”
Mungkin benar.Aku dan dia mengalami persalah fahaman dengan isu yang kami bincangkan. Aku dengan persepsi aku dan dia dengan persepsi dia.Nyata kami mempunyai pendapat yang berbeza.Aku mengalah dari terus berbalah. 

Sejak hari itu, aku dan dia semakin renggang walaupun sama-sama telah memaafkan. Hampir sebulan kami tidak bertegur hanya kerana aku menyibukkan diri dengan hal-hal aku. Lama sudah aku tidak aktif di dalam group. Hanya dia sahaja.Aku hanya menjadi pembaca yang setia tanpa melontarkan pendapatku seperti dulu. Ada ahli forum yang bertanya tetapi aku cuma diam.Mungkin itu lebih baik.

 Aku nekad Aku perlu menjauhkan diri. Demi kebaikan dirinya dan juga diriku sendiri.
Hatiku berbicara sendiri adakah ini petunjuk dari Allah?? Adakah hubungan kami salah walau hanya di alam maya?? Walau hanya dengan tujuan berkongsi ilmu Allah??

gambar ihsan Mr.Pesbuk

Hatiku tidak tenang seperti ada yang perlu aku cari dan miiki.Tapi apa?? Aku bingung sendiri. Selama itu juga aku beruzlah. Memuhasabah diri , mengenang kembali dosa-dosa ku. Mencari-cari di mana pahala kebaikan ku. Adakah pahala ku lebih berat imbangannya dari dosa-dosa yang ku lakukan?? Mustahil. 

Di keheningan malam, aku tunduk sujud kepada-Nya. Jiwaku tenang. Menitis air mataku, mengenang kembali segala perbuatanku selama hayatku. Ya Allah, sungguh aku jahil. Aku tahu Engkau tapi aku tak mengenali . Aku tahu yang Maha Agung itu Engkau, tapi jarang sekali aku mengagunggakan Mu. Berdosanya aku. Masih adakah untukku pengampunan.Zikir yang teralun dari bibirku cukup membuatku tenang.Benarlah Firman Allah “ Ala bizikrillahi tathmainnal Qulub” Maksudnya : Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.

*****

Aku bertemu dengan murabbiku yang lebih mesra ku gelar ummi. Dia begitu memahami. Aku menceritakan kegusaran hatiku. Apakah aku benar-benar di jalan-Nya? Apakah betul tindakan aku bersahabat dengan rijal itu yang telah membuahkan bibit-bibit kasih terhadap dia? apakah dosa2 ku akan terampun oleh Allah?  

Masih ku ingat ummi tersenyum sambil berkata, 

“ anak ummi, kamu betul bila niatmu ingin mengenali Pencipta. Kamu tidak salah bersahabat dengan dia. Tapi, caramu itu tidak benar anakku. Syaitan akan sentiasa mencucuk hati anak-anak adam selagi mana ada ruang yang tak terhalang.oleh itu jangan leka.Hanya iman yang boleh menjadi bentengnya.

Firman Allah yang bermaksud “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”. {al-isra’-32}

Pesan ummi lagi , 

 “Dekatkanlah diri dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.Ingatlah anakku apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.”

“ Allah menyukai orang yang apabila dia menyedari telah melakukan dosa, maka dia segera bertaubat kepada-Nya. Sesunnguhnya Allah maha pengampun lagi maha Mengasihani”


Sungguh aku menangis di dalam dakapan ummi tanpa rasa malu.Aku lebih malu kepada Allah. Ya Rabb!! Kau ampunilah dosa-dosa ku, aku telah menggunakan nama Mu disebalik persahabatanku dan dia yang tidak direstui oleh syara’ . Aku baru sedar. 

Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi2 kembali matlamat hidupku.Berqiamul lail telah aku lazimi sehari-hariku.
Aku yakin ini adalah jalan yang terbaik. Atas petunjuk Allah aku kembali sedar jalan yang kami pilih adalah salah. 
“Ya Allah… Berilah aku petunjukMu.”
Secebis kekuatan hinggap di jiwaku.

*****

Telah ku rangka sebaik-baik ayat untuk di jelaskan kepada dia. Supaya tiada di antara kami yang terluka. Berharap juga pengertian darinya.Aku menarik nafas dalam-dalam, Kekunci ‘enter’ ku tekan.  ‘e-mail sent’ .



 Assalamualaikum wbt akhi.. . semoga akhi sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Pertamanya, maafkan ana andai ada salah ana pada akhi. 

Akhi,
selama ana mendiamkan diri, adalah memang segaja ana begitu. Ana rasa kehilangan matlamat hidup yang selama ini ana sematkan di hati, dan dalam tempoh itu ana mencarinya kembali.Semoga tujuan itu tidak lari dari segenap ruangan hati ini. 

Akhi,
Ingatkah akhi pada perkenalan kita dahulu.Akhi banyak menegur kesalahan ana, menasihati ana. Syukran katsir. Suatu masa dulu juga Kita berkongsi cerita, saling memberi ilmu, saling cuba untuk memahami dan menjaga hati sebagai seorang sahabat.walau tidak pernah bersua muka, walau tak pernah mendengar suara, tapi  hanya nyata  di alam maya.

Akhi fillah,
Masih ingatkah akhi akan tujuan kita yang satu itu. Bersama mencari Redha Allah. Mencari cinta yang hakiki. Saling mencintai Sang Pemberi Cinta. Sungguh hari ini, pada ketika ini, ana semakin sedar tujuan tidak menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haram tetap haram.
Ana manusia lemah akhi, yang banyak ternoda dengan dosa.. yang masih perlu menagih pengampunan dari DIA . 

Akhi ,
seribu kali maaf ana ucapkan. Ana sedar ana telah menjadi dugaan terbesar buat akhi dalam sedar mahu pun tidak. Ingatkah akhi pada ummi yang pernah ana ceritakan. Ummi pernah berkata, “ wanita adalah dugaan terbesar buat sang lelaki , dan sebesar-besar fitnah juga dari kaum wanita..” Mendengarkan itu ana kian sedar yang ana telah menjadi dugaan terbesar buat akhi. Ana dapat merasakan itu.  ana mohon akhi dapat memaafkan ana.

Dengan berbekalkan kekuatan titipan Allah, ana berharap pengertian dari akhi agar kita tidak lagi berhubung demi kebaikan akhi dan juga ana. Ana tiada jaminan untuk hati ini sentiasa suci tanpa di calarkan oleh nafsu dunia.Dan jaminan itu hanya pada Allah SWT. Sama-sama lah bermujahadah menagih cinta-Nya dengan cara yang lebih Allah redhai.
Akhir kalam , Semoga Allah mengurniakan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada akhi.. Ingatah akhi sesungguhnya Semakin kita mendekati Allah, semakin Allah dekat dengan kita,. Ana harap perpisahan ini membawa pertemuan yang lebih baik.Biiznillah .. Semoga juga akhi thabat dalam perjuangan mengejar Yang Satu itu.
Wassalam..



Adakah aku telah melakukan dosa memutuskan silaturrahim? Tidak mungkin aku boleh mengembalikan persahabatan kami. Dia seorang lelaki dan aku seorang perempuan. Ada batas yang memisahkan antara kami. Mana mungkin aku berkawan rapat dengannya. Aku sudah berjanji untuk berubah. Aku sudah berjanji untuk menjadi insan yang lebih baik. Janjiku bukan pada sebarangan orang. Aku berjanji pada TUHAN Yang Maha Esa. 

gambar ihsan Mr.Pesbuk

Ingatanku kembali kepada kata-kata naqibah usrahku, 

**"Wahai adik-adik akak sekalian, tiadalah kebahagiaan jika Allah tidak redha akan kehidupan kita. Tiadalah yang dikatakan bahagia jika tidak kita turuti jalan atur yang telah Allah tunjukkan.Tiadalah keselamatan bagi setiap dari kita dari genggaman kekuasaan Allah. Dan tiadalah sebuah kedamaian jika tiada DIA di dalam setiap perjalanan kita. Takutilah Allah, bertaqwalah kerana dalam ketaqwaan itulah Allah menunjukkan jalan.
 Seperti di dalam firman Allah surah at-Thalaq, ayat 2 yang bermaksud

....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar..

Maafkan aku, Akhi. Biarlah persahabatan kita berlalu begitu sahaja walaupun pahit. Aku percaya itulah yang sebaiknya buat kita.

Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik..Ameen.

*****
Kini aku bukan lg Syifa’ yg dulu. Aku kini Syifa’ yang baru. Yang sedang berusaha untuk berubah menjadi hamba yang benar-benar merindu Pencipta. Mengharap maghfirah dan rahmat dari-Nya.Sudah lebih setahun perkara itu berlalu dan selama itu jugalah aku mencari apa yang jauh dariku. Mencari Dia yang Kekal untuk dirindui.
Aku belajar daripada ummi tetang banyak perkara. Dari bab ibadah hinggalah fiqih wanita.Aku juga kerap menghadiri kelas-kelas agama, majlis-majlis ilmu dan usrah mingguanku. Selama proses penghijrahan itu lah aku diuji oleh Allah berganti ujian namun aku sentiasa bersyukur dan akur bahawa fitrah seorang hamba Allah itu mendapat ujian tanda kasihnya Dia kepada kita.
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. {Al Ankabuut 2}
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
{Al- Baqarah 286}


Ummi juga lah menjadi penasihat aku yang setia. Masih lagi ku ingat madah kata dari ummi
**Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.”
Indah kata-kata dari ummi.Mengusap jiwaku yang kadangkala gundah ditampar ujian yang datang bertandang.Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia datangkan ujian dan Dia jugalah yang datangkan insan-insan yang amat menyayangi diriku.Peniup semangat batinku.
 Dan kini  hanya beberapa jam sahaja lagi aku bakal bergelar isteri kepada seorang rijal yang juga merupakan adik kepada naqibahku. Aku hanya mengetahui namanya tetapi tidak ku tahu rupa parasnya. Biarlah begitu kerana aku hanya mahu memandang wajahnya, mengenali sikapnya, mencintai dia setelah aku benar-benar sah sebagai bidadarinya .

Aku tidak mahu ikatan kami yang masih tidak halal ternoda dengan nafsu yang datangnya dari syaitan. Aku yakin dia adalah jodohku yang tertulis di luh mahfuz. Jodoh yang ku terima selepas istikharahku kepada Allah.

*****

“Aku terima nikahnya Syifa’ Khaira binti Ahmad Syukri dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai”

Segala puji bagi Allah, Dengan sekali lafaz aku sudah sah menjadi seorang isteri kepada insan bernama Hadi Al-Hafiz bin Hasan Ar-Rayyan.Hatiku diserbu rasa sebak, selepas ini aku bakal memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bersediakah aku?? Semoga Allah memberiku kekuatan.

“Assalamualaikum ya habibati”

Tiba-tiba satu suara yang amat asing bagiku menyapa di telinga.Terkelu lidahku, tersentak hatiku.Aku tunduk malu. Ku tahu wajah ku sudah bertukar rona kemerahan di balik purdahku.Hatiku berdebar-debar.Dihadapanku kini duduk seorang lelaki yang tidak aku kenali tapi aku tahu dia adalah suamiku.

“waalaikumussalam ya zauji” .Ku beranikan diri menjawab salamnya.Ku pangungkan sedikit kepalaku dan pandangan mata kami bersatu. Aku terpana begitu juga dia..Dia mengukir senyuman manis buatku. Subhanallah.Indah sungguh wajahnya.

Aku menyalami tangannya sebagai tanda hormat.Aku dapat rasakan tangannya menyapa kepalaku.Air mataku menitis sekali lagi.Air mata bahagia barangkali . Aku bersyukur dikurniakan Allah seorang suami yang soleh.
gambar ehsan Mr. Google

“Ya Allah jadikanlah pernikahan ini sebagai ibadah aku dan dia  kepadaMu dan Engkau jadikanlah kami hamba yang terbaik disisiMu selain Nabi dan para sahabat.Ya Allah, jadikanlah aku seorang isteri yang solehah, yang sentiasa menghormati suami dan menjadi penenang hati dia dikala  pulang dari mencari nafkah buat keluarga kami.aameen”

*****

Aku baru sahaja selesai mengerjakan solat isyak diimamkan oleh suamiku.Kami duduk di birai katil.Aku menanti dia memulakan bicara.

“sayang, terima kasih sebab sudi terima abang sebagai suami sayang . ”

“ saya yang patut berterima kasih dengan abang sebab sudi jadikan saya isteri abang. Saya harap abang dapat menerima segala kekurangan yang ada pada diri saya”

“InsyaAllah. Begitu juga dengan abang”.

“Abang, boleh saya tahu kenapa abang jadikan saya isteri abang? Sedangkan sebelum ini kita tak pernah saling mengenali”.

“Kerana Allah sayang. Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith

 “Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya, maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu”(Riwayat Bukhari & Muslim)
Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih pasangan kerana agamanya sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.Dan abang memilih sayang kerana agama "

Dan pada malam itu jugalah aku mengetahui bahawa suamiku adalah ‘akhi’ yang pernah ku kenali dahulu.Sungguh indah percaturan Allah. Setelah hubungan kami terputus, dia banyak bertanyakan tentang aku kepada kakaknya dan mengkhitbah aku setelah dia tamat pengajian masternya.Aku tidak tahu bagaimana dia boleh mengenaliku.Biarlah  ia menjadi tanda tanya dibenakku. Aku tidak mahu tahu kerana hakikatnya aku sudah halal di sisinya.Tiada lagi batas-batas yang harus di jaga .Aku ingin pernikahan ini menjadi saham pahala yang berganda untuk kami di akhirat kelak.

Kita merancang,Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT. 

Aku berharap cintaku kepada Allah dan Rasulullah kekal yang utama disamping cintaku kepada suamiku. Bi Iznillah .


Andai ku tiada di sisimu

 
Bismillahirrahmanirrahim...

Andai ku tiada di sisimu
Meninggalkan kasih sebagai memori
antara kita kau yang teristimewa
Terungkai kata maksudnya di jiwa
Sahabat,
ku cintaimu atas izin-Nya
Moga ukhwah ini membawa kita ke syurga
Meski ke tidak pasti layakkah aku ke sana
Rindu,
Tiada kata mampu  ku ungkap
Belaian hatiku nyata hanya kepadamu

Andai ku tiada di sisimu
Bariskan kalam-kalam suci buatku
Aku mengasihimu walau aku cuma insan biasa
cinta,
Suratan takdir terukir,
menolak segala yang lain

Andai diri ini telah tiada
Berjalanlah menuju kepadaNya
Menggantikan ku yang sudah lemah tidak berdaya.     

TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...