Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 20 November 2011

kisah sebuah persahabatan

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...Pada hari ini,ana masih diberi kesempatan untuk mencoret di kanvas tidak bernyawa ini..Semoga setiap detik dan saat yang berlalu sentiasa dinaungi rahmat dan kasihNya..
Berilmu tanpa amal itu umpama pohon rendang yang tiada buahnya..Semalam ana menjengah blog seorang ukhti..Subhanallah,blog yang menarik hati si pembaca.Penggunaan ayat yang berjaya menyentuh hati.Sungguh indah ciptaan Allah..Kali ini,ana ingin kogsikan sebuah kisah persahabatan yang diambil selepas mendapat keizinan tuan punya blog.Semoga bermanfaat untuk kita..=)

Saturday 19 November 2011

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin


Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ni ana copy n& paste jer dr facebook..semoga ada yang bermanfaat ...Selamat membaca...



Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…


1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.


2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?


3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.


4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)


5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.

Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,

Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,

Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.

Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).


6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.


7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.


8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.


9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)


10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.

Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?

by: iluv islam

Friday 18 November 2011

Wanita Berbahasa Al-Quran

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah..kali ini ana ingin berkongsi satu cerita yang amat menarik hati ana untuk dikongsikan di kanvas yg tidak bernyawa ini.
Semoga Catatan ini boleh menjadi bahan Renungan Buat Kita Tentang
Pentingnya menjaga Lidah Kita kerana kelak semua yang keluar dari mulut kita akan disoal semula..

Tuesday 15 November 2011

Memaafkan Lebih Baik


Bismillahirrahmanirrahim...
 
♥ JOM TARBIYAH HATI ♥
 
✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa.~✿

~> I’m so confused <~ (=.=)'
... Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pon berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.
...

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'
Ayah: Tapi tanggungjawab kita yang lebih utama berusaha menahan diri dari mengecilkan hati orang terlebih dahulu. Jika terasa hati dengan perbuatan tidak baik orang lain, ia adalah normal. Sebab itulah Allah mengharamkan perbuatan mencaci, mengumpat, memfitnah dan sebagainya. ... Cuma yang terasa hati tu, kalau tak mampu maafkan, bersemuka dengan orang yang mengecilkan hatinya. Mungkin perbuatannya tidak disedari melukakan hati orang lain. Bukannya diumpat di belakang empunya diri.
 
Kesimpulan :
 ♥~...Jangan mudah terasa hati...dan meyakiti hati org lain..
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...
♥~ Tegur dgn berhikmah,bukan tegur yg membawa sifat mazmumah..
~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
by..zuedean asclane-15:51-12/november/2011

 
✿~UJIAN ITU TARBIYAH,SABAR ITU INDAH~✿

Wednesday 9 November 2011

Temanku Tersayang

Bismillahirrahmanirrahim...


Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-KhaliQ,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit..


Serta tawakkal Ibrahim a.s yang mulia,
Ketika meninngalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga..


Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Meggerunkan musuh durjana..


Serta senyuman Syed Al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut..


Teman tercinta,
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid rohnya ke Syurga..


Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan dirinya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah & Rasul..


Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yg tidak pernah suram..


Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya..


Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Wangian semerbak kasturi..


Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di mahkamah Mahsyar nanti,
InsyaAllah..=)

 Kawan sejati bagimu ialah orang yang setiap kali bersua denganmu, selalu menasihati dirimu kerana Allah, serta mengingatkan nasib dirimu di hadapan Allah. Kawan seperti itu, jauh lebih baik bagimu daripada kawan yang setiap kali bertemu denganmu, dia meletakkan dinar di telapak tanganmu.~ukhti Insyirah Soleha

Mujahadah perlukan pengorbanan.Dan semoga setiap pengorbanan sentiasa diisi dgn keikhlasan agar  mujahadah di balas Syurga yg berkekalan..(^_^).. 

Monday 7 November 2011

"bisakah aku seperti mereka"

Bismillahirrahmanirrahim...


`.☆٠•●♥٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ *:٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥● ٠•●
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
█▓▒░►***** Selamat Hari Raya Aidiladha ******◄░▒▓█
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
`.☆٠•●♥٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ *:٠•●♥Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥● ٠•

mOga ceria d'hari raya ini dengan penuh rase erti pengorbanan :) ♥



Alhamdulillah...6 November bersamaan 10 Zulhijjah kita menyambut hari raya aidil adha.. hati tertanya-tanya kenapa ye bila hari raya puasa jer,mesti disambut dgn meriah...tp bila hari raya korban jer,alahai... semangat nyer ciput jer...


Setiap kali raya haji menjelma,,hati selalu mengenangkan kisah pengorbanan nabi Ibrahim a.s. serta anaknya nabi Ismail a.s apabila Allah memerintahkan nabi Ibrahim untuk menyembelih anaknya.Demi cinta mereka pada Rabb,sedialah mereka berkorban hatta dihati nabi Ibrahim merasa kasih kpd anaknya..Subhanallah..
Bisakah diriku jg seperti mereka.Sanggup berkorban demi taat kpd perintah yg Maha Esa..Allahu Rabbi..


"Ya Allah,semoga setiap langkah yg ku ambil penuh ketakwaan,setiap ibadahku yg terlaksana mencerminkan keimanan,semoga setiap pengorbanan tercipta dari keluhuran dan kesucian jiwaku..ameen.."


Hayatilah erti sebenar pengorbanan dalam menjalani hidup sebagai seorang insan..kutiplah serpihan semangat yg ada pada mujahid/mujahidah agama,agar hidup kita sentiasa terisi dgn nikmat dari-Nya..^_~

TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...