Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 6 December 2015

Kasih Tanpa Putus

Bismillahirrahmanirrahim..
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: 

Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia menyayangi saudaranya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.
 (Diriwayatkan oleh : Anas Ibnu Malik)

Alhamdulillahirrabbil alamin.

Allahumma solli alaihi wasallam.

Kasih sayang itu tali, kasih sayang pengikat hati, tanpa kasih dan juga sayang, hidup ini apalah erti.

Benarlah keluarga yang paling banyak berkorban. Ingin saya kongsikan satu kisah. Kisah yang sangat menyentuh hati saya sendiri.
Ketika saya didapati mempunyai symptom-2 dystonia. Sejenis penyakit saraf, kekurangan yang semakin saya rasai dalam diri adalah saya sering menyusahkan org sekeliling walaupun mereka menafikan.
Apalah daya insan kerdil seperti saya untuk tidak mengeluh, cengeng dan menjadi terlalu sensitive apabila mendengar mulut2 org berkata-kata.
Sayalah anak, adik yang paling mudah mendapat sakit. Sayalah yang paling cerewet tentang makanan. Walaupun kata2 yang dilontarkan daripada mulut2 mereka itu biasa, namun ingatlah hati ini yang merasa perit sangat terluka. Apalah daya saya insan lemah lagi x punya apa-apa, senang ditindas dek kerana mereka itu merasakan sudah sempurna.

Tapi ujian itu yang membuatkan saya sedar, satu2nya penguat saya selepas Allah adalah keluarga. Satu hari, abah membawa saya check up di klinik berdekatan. Dengan kudrat badan yang lemah digagahkan juga, sabarnya abah menanti saya berjalan dgn perlahan berada disisi tanpa meninggalkan. Sebagai anak gadis abah yang menginjak dewasa, perasaan malu itu sedikit sebanyak tertanam dalam diri saya. Saya tidak pernah mencium dan memeluk abah seperti zaman kanak2 dahulu. Seingat saya kali terakhir saya memeluk abah semasa saya di sekolah rendah.

Berbalik kepada cerita saya tadi, semasa menanti giliran untuk masuk ke bilik doctor, tangan saya cramp and shaken suddenly. Mungkin effect ubat. Abah urut tangan saya dengan riak wajah yang risau.. membuatkan hati saya sekali lagi tersentuh dan mata saya mula berair. Alhamdulillah, abah lah hero saya dan keluarga saya. Saya sedar dengan keadaan keluarga kami yang kecil ini, kami akan saling bergantung harap. Ibu saya pula, bilamana mendapat tahu saya sudah berhenti kerja dek kerana penyakit saya, ibu ada riak lega bercampur sedih. Hati ibu mana tidak gembira melihat anak-anak yang tinggal jauh pulang menemani disisi, tapi dalam masa yang sama pasti hati insan itu luluh kerana anaknya hanya terbaring lemah tanpa daya. Mungkin pada ketika itu, ibu dan abah membayangkan saya bakal menyusul abang dan kakak ke-2 saya yg telah kembali ke pangkuan Sang Pencipta. 

Yang terakhir, tidak lupa juga, ukhti mahbubah .satu-satunya saudara yang saya ada. Tegasnya dia kerana sayangkan saya. cekalnya dia kerana tanggungjawabnya kepada keluarga. Kasihnya dia, hanya bisa ditafsir dengan hati yang sayangkan dia. Itu lah kakak saya.

Alhamdulillah, kerana sakit itu kafarrah dosa, istighfar menjadi zikir lisan di bibir saya. Banyak hikmah yang saya cerna baik-baik. Hadam ia sehingga redha itu menjadi penenang hati saya.


1.    Setiap sakit itu kaffarah dosa, tapi jangan lupa istigfar moga dosa2 itu terampun semua.
2.   Keluarga itu ibarat darah O . Tak pernah lokek untuk memberi.
3.    Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Allah. Hanya kita sebagai hambaNya perlu berdoa moga kita matinya dalam keadaan husnul Khatimah.

 

Indahnya kasih Allah, diberi apa yang kita perlu bukan yang kita mahu kerana letaknya percaturan Allah agar dapat menentu takat  mana Iman yang kita sendiri tidak tahu.

Wallahu A’lam.



TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...