Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday 26 February 2012

Di Mana DIA di Hatiku

Bismillahirrahmanirrahim...




Untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.
Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.
Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir. Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
“Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.
“Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.
Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.

aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!

Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?

Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah.
Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”

Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.

Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! InsyaAllah. Amin ya Allah...


Thursday 23 February 2012

coretan kasih buatmu ya akhi..

Bismillahirrahmanirrahim...


Malam telah larut terbentang. Sunyi. Dan aku masih berfikir tentang dirimu, akhi. Jangan salah sangka ataupun menaruh prasangka. Semua semata-mata hanya untuk muhasabah terutama bagi diriku, makhluk yang Rasulullah SAW sindirkan sebagai pembawa fitnah terbesar.

Suratmu sudah kubaca dan disimpan. Surat yang membuatku gementar. Tentunya kau sudah tahu apa yang membuatku nyaris tidak boleh tidur kebelakangan ini.

“Ukhti, saya sering memperhatikan anti. Kalau sekiranya tidak dianggap tergopoh-gapah, saya berniat berta’aruf dengan anti.”

Jujur kukatakan bahwa itu bukan perkataan pertama yang dilontarkan ikhwan kepadaku. Kau orang yang kesekian. Tetap saja yang ‘kesekian’ itu yang membuatku diamuk perasaan tidak menentu.

Astaghfirullahal'azim. Bukan, bukan perasaan melambung kerana merasakan diriku begitu mendapat perhatian. Tetapi kerana sikapmu itu mencampak ke arah jurang kepedihan dan kehinaan. ‘Afwan kalau yang terfikir pertama kali di benak bukannya sikap memeriksa, tapi malah sebuah tuduhan : "ke mana ghaddhul bashar-mu?"
 
Akhifillah, Alhamdulillah Allah mengurniakan dzahir yang jaamilah. Dulu, di masa jahiliyah, kurnia itu sentiasa membawa fitnah. Setelah hijrah, kufikir semua hal itu tidak akan berulang lagi. Dugaanku ternyata salah. Mengapa fitnah ini harus menimpa orang-orang yang ku hormati sebagai pemegang risalah dakwah? Siapakah di antara kita yang salah?

***********

“Adakah saya kurang menjaga hijab, ukh?” tanyaku kepada Farah, teman sebilikku yang sedang mengamati diriku. Lama. Kemudian, dia menggeleng.

“Atau baju saya? Sikap saya?" “Tidak, tidak,” sergahnya menenangkanku yang mulai berurai air mata.

“Memang ada perubahan sikap di kampus ini.” “Termasuk diri saya?”

“Jangan menyalahkan diri sendiri meskipun itu bagus, sentiasa merasa kurang iman. Tapi tidak dalam hal ini. Saya cukup lama mengenali anti dan di antara kita telah terjalin komitmen untuk saling memberi tausiyah jika ada yang lemah iman atau salah. Ingat?”

Aku mengangguk. Farah menghela nafas panjang. “Saya rasa ikhwan itu perlu diberi tausiyah. Hal ini bukan perkara barukan? Maksud saya "usha" akhwat di kampus.”

Sepi mengembang di antara kami. Sibuk dengan fikiran masing-masing…. “Apa yang diungkapkan dalam surat itu?” “Dia ingin berta’aruf. Katanya dia sering melihat saya memakai jilbab putih. Anti tahu bila dia bertekad untuk menulis surat ini? Ketika saya sedang membeli makanan di kafe! Masya Allah…. dia melihat sedetail itu.”

“Ya.. di samping itu tempoh masa anti keluar juga tinggi.” “Ukhti…,” sanggahku, “Anti percaya kan kalau saya keluar rumah pasti untuk tujuan syar’ie?” “InsyaAllah saya percaya. Tapi bagi anggapan orang luar, itu masalah yang lain.”

Aku hanya mampu terdiam. Masalah ini senantiasa hadir tanpa ada suatu penyelesaian. Jauh di dalam hati selalu tercetus keinginan, keinginan yang hadir semenjak aku hijrah bahawa jika suatu saat ada orang yang melamarku untuk mendampingi hidupnya, maka hal itu hanya dia lakukan untuk mencari keredhaan Rabb-nya dan dien-ku sebagai tolok ukur, bukan wajahku.

Kini aku mulai risau mungkinkah harapanku akan tercapai?


************

Akhifillah, Maaf kalau saya menimbulkan fitnah dalam hidupmu. Namun semua bukan keinginanku untuk beroleh wajah seperti ini. Seharusnya di antara kita ada tabir yang akan membersihkan hati dari penyakitnya. Telah ku cuba dengan segenap kemampuan untuk menghindarkan mata dari bahaya maksiat. Alhamdulillah hingga kini belum hadir sosok putera impian yang hadir dalam angan-angan. Semua ku serahkan kepada Allah ta’ala semata.
Akhi, Tentunya antum pernah mendengar hadits yang tersohor ini. Bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara: kecantikannya, hartanya, keturunannya, atau diennya. Maka pilihlah yang terakhir kerana ia akan membawa lelaki kepada kebahagiaan yang hakiki.
Kalaulah ada yang mendapat keempat-empatnya, ibarat ia mendapat syurga dunia. Sekarang, apakah yang antum inginkan? Wanita solehah pembawa kedamaian atau yang cantik tapi membawa kecelakaan?

Maaf kalau di sini saya terpaksa berburuk sangka bahawa antum menilai saya cuma sekadar fizikal semata. Bila masanya antum tahu bahawa dien saya memenuhi kriteria yang bagus? Apakah dengan melihat frekuensi kesibukan saya? Frekuensi di luar rumah yang tinggi?

Tidak. Antum tidak akan pernah tahu bila masanya saya berbuat ikhlas lillahi ta’ala dan bila masanya saya berbuat kerana ria’. Atau adakah antum ingin mendapatkan isteri cantik yang memiliki segudang prestasi tetapi akhlaknya masih menjadi persoalan? Ana yakin sekiranya antum diberikan pertanyaan demikian, nescaya tekad antum akan berubah.

Akhifillah, tanyakan pada setiap akhwat kalau antum mampu. Yang tercantik sekalipun, mahukah ia diperisterikan seseorang kerana zahirnya belaka? Jawapannya, insyaAllah tidak. Tahukah antum bahawa kecantikan zahir itu adalah muthlak pemberian Allah, Insya Allah antum tahu. Ia satu anugerah yang mutlak yang tidak boleh ditawar-tawar jika diberikan kepada seseorang atau dihindarkan dari seseorang. Jadi, manusia tidak mendapatkannya melalui pengorbanan.
Lain halnya dengan kecantikan batiniyyah. Ia melewati proses yang panjang. Berliku. Melalui pengorbanan dan segala macam pengalaman pahit. Ia adalah intisari dari manisnya kata, sikap, tindak tanduk dan perbuatan. Apabila seorang lelaki menikahi wanita kerana kecantikan batinnya, maka ia telah amat sangat menghargai perjuangan seorang manusia dalam mencapai kemuliaan jati dirinya. Fahamkah antum?

Akhifillah, diri ini hanya pinjaman yang akan dipulangkan padaNya bila-bila masa. Tapi roh, kecantikannya menjadi milik kita yang abadi. Kerananya, manusia diperintahkan untuk merawat ruhiyahnya bukan hanya jasmaninya yang boleh usang dan koyak sampai waktunya.

Akhifillah, Kalau antum ingin mencari akhwat yang cantik, antum juga seharusnya menilai pihak yang lain. Mungkin antum tidak memerhatikannya dengan teliti. Pakaiannya sederhana, ia hanya memiliki beberapa helai. Dalam waktu seminggu antum akan menjumpainya dalam jubah-jubah yang tidak banyak koleksinya. Tempoh masanya untuk keluar rumah tidak lama. Ia lebih suka memasak dan mengurus rumah demi membantu kepentingan saudari-saudarinya yang sibuk berdakwah di luar.
Dia nyaris tidak mempunyai keistimewaan apa-apa kecuali kalau antum sudah melihat solatnya. Ia begitu khusyu’. Malam-malamnya dihiasi tahajjud dengan uraian air mata. Dibaca Al-Qur’an dengan teresak-esak. Dia begitu tawadhu’ dan zuhud. 

Ah, saya iri akan kedekatan dirinya dengan Allah. Benar, ia mengenal Rabbnya lebih daripada saya. Dalam ketenangannya, ia tampak begitu cantik di mata saya. Beruntung ikhwan yang kelak memperisterikannya.


**********

Malam semakin beranjak. Kemengantukan yang menghantar ke alam tidur tidak menyerang saat surat panjang ini belum usai. Tapi, sudah menjadi kebiasaanku tidak boleh tidur tenang bila saudaraku tercinta tidak hadir menemani. Aku tergugat apabila merasakan bantal dan guling di samping kanan telah kehilangan pemilik. Rasa penat yang belum terlerai menyebabkan tubuhku terhempas di sofa.

Farah sedang diam dalam kekhusyu’kan. Wajahnya begitu syahdu, tertutup oleh deraian air mata. Entah apa yang terlintas dalam qalbunya. Sudah pasti ia merasakan aku tidak heran saat menyaksikannya. Tegak dalam rakaatnya atau lama dalam sujudnya.

“Ukhti, tidak solat malam? “ tanyanya lembut seusai melirik mata. “Ya, sekejap,” kupandang wajahnya. Ia menatap jauh keluar jendela ruang tamu yang dibiarkan terbuka. “zikrul maut lagi?” “Husnuzon anti terlalu tinggi.”

Aku tersenyum. Sikap tawadhu’mu, Farah, menyebabkan bertambah rasa rendah diriku. Angin malam berhembus dingin. Aku belum mahu beranjak dari tempat duduk. Farah pun nampaknya tidak meneruskan solat. Dia kelihatan seperti termenung menemani kegelapan malam yang kelam.

“Saya malu kepada Allah,” ujarnya lirih. “Saya malu meminta sesuatu yang sebenarnya tidak patut tapi rasanya keinginan itu begitu mendesak dada. Siapa lagi tempat kita meminta kalau bukan dari Nya?” “Apa keinginan anti, Farah?”

Farah menghela nafas panjang.

“Saya membaca buku Syeikh Abdullah Azzam pagi tadi,” lanjutnya seolah tidak menghiraukan. “Entahlah, tapi setiap kali membaca hasil karyanya, selalu hadir simpati sendiri. Hal yang sama saya rasakan tiap kali mendengar nama Hassan al-Banna, Sayyid Quthb atau mujahid lain saat nama mereka disebut. Ah, wanita macam mana yang dipilihkan Allah untuk mereka? Tiap kali nama Imaad Aql disebut, saya bertanya dalam hati :

"Wanita macam mana yang telah Allah pilih untuk melahirkannya?”

Aku tertunduk dalam-dalam.
“Anti tahu,” sambungnya lagi, “Saya ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sehebat mereka. Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah. Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita. Saya ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid semacam Immad Aql…”
Air mataku menitis perlahan. Itu adalah impianku juga, impian yang kini mulai kuragui kenyataannya. Farah tak tahu berapa jumlah ikhwan yang telah menaruh hati padaku. Dan rasanya hal itu tak berguna diketahui. Dulu, ada sebongkah harapan kalau kelak lelaki yang mendampingiku adalah seorang mujahid yang hidupnya ikhlas kerana Allah. Aku tak menyalahkan mereka yang menginginkan isteri yang cantik. Tidak. Hanya setiap kali bercermin, ku tatap wajah di sana dengan perasaan duka.
Serendah inikah nilaiku di mata mereka? Tidakkah mereka ingin menilaiku dari sudut kebagusan dien-ku? 
“Ukhti, masih tersisakah ikhwah seperti yang kita impikan bersama? desisku.

Farah meramas tanganku. “Saya tidak tahu. Meskipun saya sentiasa berharap demikian. Bukankah wanita baik untuk lelaki baik dan yang buruk untuk yang buruk juga?” “Anti tak tahu,” air mata mengalir tiba-tiba. “Anti tak tahu apa-apa tentang mereka.” “Mereka?” “Ya, mereka,” ujarku dengan kemarahan terpendam. “Orang-orang yang saya kagumi selama ini banyak yang jatuh berguguran. Mereka menyatakan ingin ta’aruf. Anti tak tahu betapa hancur hati saya menyaksikan ikhwan yang "qowiy" seperti mereka takhluk di bawah fitnah wanita.”

“Ukhti!” “Sungguh, saya terfikir bahawa mereka yang aktif dakwah di kampus adalah mereka yang benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya semata. Ternyata mereka mempunyai sekelumit niat lain.” “Ukhti, jangan su’udzon dulu. Setiap manusia punya kelemahan dan saat-saat penurunan iman. Begitu juga mereka yang menyatakan perasaan kepada anti. Siapa yang tidak ingin punya isteri cantik dan solehah?” “Tapi, kita tahukan bagaimana prosedurnya?” “Ya, memang…” “Saya merasa tidak dihargai. Saya berasa seolah-olah dilecehkan. Kalau ada pelecehan seksual, maka itu wajar kerana wanita tidak menjaga diri. Tapi saya…. Samakah saya seperti mereka?” “Anti berprasangka terlalu jauh.” “Tidak,” aku menggelengkan kepala. “Tiap kali saya keluar rumah, ada sepasang mata yang mengawasi dan siap menilai saya mulai dari hujung rambut -maksud saya hujung jilbab- hingga hujung sepatu. Apakah dia fikir saya boleh dinilai melalui nilaian fizikal belaka..”

“Kita berharap agar ia bukan jenis ikhwan seperti yang kita maksudkan.” “Dia orang yang aktif berdakwah di kampus ini, ukh.” Farah memejamkan mata. Bisa kulihat hujung matanya basah. Kurebahkan kepala ke bahunya. Ada suara lirih yang terucap,

“Kasihan risalah Islam. Ia dibawa oleh orang-orang seperti kita. Sedang kita tahu betapa berat perjuangan orang-orang terdahulu dalam menegakkan syiar Islam. Kita disibukkan oleh hal-hal sampingan yang sebenarnya telah diatur Allah dalam kitabNya. Kita tidak menyibukkan diri dalam mencari hidayah".
"Kasihan pejuang-pejuang Palestin. Kasihan saudara-saudara kita di Bosnia . Adakah kita boleh menolong mereka kalau kualiti diri masih seperti ini? Bahkan cinta yang seharusnya milik Allah masih berpecah-pecah. Maka, kekuatan apa yang masih ada pada diri kita?”

Kami saling bertatapan kemudian. Melangkau seribu makna yang tidak mampu dikatakan oleh kosa kata. Ada janji. Ada mimpi. Aku mempunyai impian yang sama seperti Farah, mendukung Islam di jalan kami. Aku ingin mempunyai anak-anak seperti Asma. Anak-anak seperti Immad Aql. Aku tahu kualiti diri masih sangat jauh dari sempurna. Tapi seperti kata Farah, "meskipun aku lebih malu lagi untuk meminta ini kepadaNya. Aku ingin menjadi pendamping seorang mujahid ulung seperti Izzuddin al-Qassam".

Akhifillah, mungkin antum tertawa membaca surat ini. Ah akhwat, berapa nilaimu sehingga mengimpikan mendapat mujahid seperti mereka? Boleh jadi tuntutanku terlalu besar. Tapi tidakkah antum ingin mendapat jodoh yang setimpal? Afwan kalau surat antum tidak saya layani. Saya tidak ingin masalah hati ini berlarutan. Satu saja yang saya minta agar kita saling menjaga sebagai saudara. Menjaga saudaranya agar tetap di jalan yang diredhaiNya.

Tahukah antum bahawa tindakan antum telah menyebabkan saya tidak lagi berada di jalanNya? Ada ria’, ada su’udzon, ada takabbur, ada kemarahan, ada kebencian, itukah jalan yang antum bukakan untuk saya, jalan neraka?

‘Afwan.

Akhifillah, surat ini seolah-olah menempatkan antum sebagai tertuduh. Saya sama sekali tidak bermaksud demikian. Kalau antum mahu cara seperti itu, silakan. Afwan, tapi bukan saya orangnya. Jangan antum kira kecantikan lahiriah telah menjadikan saya merasa memiliki segalanya.

Justeru, kini saya merasa iri hati pada saudari saya. Ia begitu sederhana. Tapi akhlaknya bak lantera yang menerangi langkah-langkahnya. Ia jauh daripada fitnah. Sementara itu, apa yang saya punyai sangat jauh nilainya. Saya bimbang apabila suatu saat ia berhasil mendapatkan Abdullah Azzam impiannya, sedangkan saya tidak.

Akhifillah, ‘afwan kalau saya menimbulkan fitnah bagi antum. InsyaAllah saya akan lebih memperbaiki diri. Mungkin semua ini sebagai peringatan Allah bahawa masih banyak amalan saya yang ria’ mahupun tidak ikhlas. Wallahua’lam. Simpan saja cinta antum untuk isteri yang telah dipilihkan oleh Allah.
Penuhilah impian ratusan akhwat, ribuan ummat yang mendambakan Abdullah Azzam dan Izzuddin al-Qassam yang lain. Penuhilah harapan Islam yang ingin generasi tangguh seperti Imaad Aql. InsyaAllah antum akan mendapat pasangan yang bakal membawa hingga ke pintu jannah.

Akhifillah, malam bertambah dan bertambah larut. Mari kita solat malam dan memandikan wajah serta mata kita dengan air mata kerana Allah. Mari kita sucikan hati dengan taubat nasuha.
Pesan saya, siapkan diri antum menjadi mujahid. InsyaAllah, akan ada ratusan Asma dan Aisyah yang akan menyambut huluran tangan antum untuk berjihad bersama-sama.

Salam dari ukhtukum fillah.


Jangan biarkan hati kita sunyi dari mengigati Allah
kerana tidak sesaat pun hidup kita ini terlepas dari menikmati nikmat Allah

jangan biarkan jiwa kita terlepas dari mencintai Allah
kerana tiada seinci pun dalam tubuh kita ini yg bukan milik Allah
...
jangan biarkan fikiran kita ini kosong dari memikirkan tentang kebesaran Allah
kerana kewujudan kita ini juga adalah tanda kebesaran Allah

Cinta pda Allah adalah cinta yang hakiki
Kasih pada Allah adalah kasih yang sejati
rindu pada Allah adalah rindu yang tiada rugi

Friday 10 February 2012

Titipan buat Naqib dan Naqibat


Bismillahirrahmanirrahim...


Oleh Dr.Harlina Halizah Siraj
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 1 – Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tgjwb dan pengabdian kepada Allah SWT. Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 2 – Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu. Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu. Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 3 – Laksanakan sebaiknya tiga rukun usrah (taaruf, tafahum & takaful) sebagaimana yg dinyatakan oleh AsSyahid Imam AlBanna. Pastikan proses taaruf terus berjalan lancar, agar mudah tafahum dicapai. Bila sudah kenal hati & budi, suka & benci – segeralah pula saling lindung-melindungi. Alangkah bahagianya kelompok manusia yg saling mengasihi kerana Allah SWT!
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 4 – Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama baru menjadi nuqaba’ bukan penanda aras keberkesanan mengendali usrah, sebaliknya penguasaanmu dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 5 – Mulakan usrahmu dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas – TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes – LO) yg ingin dicapainya melalui sesi usrah bersamamu. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa dikau menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP mereka dan objektifmu bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yg diharapkan oleh ahli usrahmu dan apa yg mahu dikau capai?
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 6 – Selami hati setiap ahli usrahmu, baca bahasa badan mereka – adakah mereka gembira hadir di sesi usrahmu kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasimu sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 7 – Wujudkan suasana segar, selamat dan penuh keceriaan dalam sesi usrahmu. Segar – lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Selamat – kerana tiada siapa yg akan menghukum dan mencemuh kekurangan diri yg masih perlu diperbaiki bersama. Ceria – dek kehangatan ukhuwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 8 – Permudahkan proses pemahaman ahli2 usrahmu terhadap bahan tarbiyah yg dihadham bersama. Gunakan analogi, perbandingan dan penceritaan. Paling baik sekiranya pengalaman peribadi masing2 menjadi sandaran perbincangan. Tercetuslah usrah interaktif, proaktif dan kreatif! Sesungguhnya engkau memang pemudahcara (fasilitator) yang hebat!
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 9 – Hidupkan usrahmu dengan kesungguhan mengislahkan diri bersama-sama. Naqib/naqibah bukan mahaguru atau mursyid yang tak boleh disanggah. Kita hanyalah `first among equals’ – menjadi naqib/naqibah hanya kerana kita sudah terlebih dahulu melalui jalan/marhalah dakwah ini. Ayuh, kita bimbing & pimpin ahli2 usrah utk sama2 meniti liku perjuangan yang masih berbaki panjang.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 10 – Luaskan pembacaan utk membuka ufuk pemikiranmu. Peruntukkan sedikit ruang sesi usrahmu utk perbincangan isu2 semasa. Ransang minda ahli2 usrahmu dgn soalan2 quiz yg mudah dicari jawapannya. Pastikan mereka pulang dengan informasi segar,bugar yg bakal membentuk fikrah sejahtera malar!
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 11 – Tanamkan kecintaan terhadap Al Quran ke dalam hati ahli2 usrahmu. Berikan giliran utk setiap ahli usrahmu memilih ayat dan surah mana yg ingin dikongsi ba
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 12 – Pastikan setiap tuturkata dan perbuatanmu melambangkan akhlaq yang sejahtera untuk dicontohi oleh ahli2 usrahmu. Berusahalah untuk dikenali sebagai seorang yang baik, sopan, tertib dan berbudi bahasa kepada semua, bukan hanya untuk sekelompok sahabat sejamaah denganmu sahaja. Akui segera kesilapan dan kekurangan jika ditegur. Mulakan harimu dengan titipan doa : Ya Rabb, perelokkan akhlaqku sebagaimana indahnya akhlak Nabi-Mu! ca. Perhatikan makhraj dan tajwid, tegur kesilapan dgn penuh kasih sayang. Sebatikan jiwa mereka dgn keindahan Al-Quran – di mana jua mereka berada, pasti sentiasa berdamping dengan Al-Quran!
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 13 – Pastikan ada sesuatu bekalan yg dapat dibuat ibrah dan pengajaran utk diperhalusi ahli2 selesai sesi usrahmu. Peruntukan sedikit masa utk slot `kesimpulan’ dgn bertanya setiap seorg ahli mengenai `lessons learnt’ @ `take home messages’ yg akan dibawanya pulang. Dari jawapan mereka, dapat dibuat penilaian – siapa yg sudah jelas dan siapa yg masih perlu sedikit lagi bantuan. Moga setiap sesi usrah yg mendatang akan bertambah2 lagi keberkesanannya, InsyaAllah.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 14 : Bayangkan wajah semua ahli usrahmu dalam doa rabitah di waktu pagi dan petang. Moga terpaut hati dalam iman, taqwa dan semangat juang. Keraplah bertanya khabar, berikan bantuan dgn penuh keikhlasan. Bukakan hatimu buat mereka – agar usrah mampu menjana sekelompok insan yg saling mencintai demi meraih kasih Allah SWT.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH – Tip no. 15 – Pelbagaikan aktiviti dalam sesi usrahmu. Pengisian bahan tarbiah lebih berkesan dgn kreativiti naqib/naqibah & pembabitan aktif setiap ahli. Tajuk diskusi boleh dikupas melalui debat, kuiz, role-play & permainan. Sesekali bila ada yg sudah keletihan, berhenti sejenak, gerakkanlah sendi/tulang & hidangkanlah sedikit juadah. Sesungguhnya kita bukan robot mekatronik yg diprogram utk tidak kenal letih, lesu, penat & jemu!
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 16 – Ceduklah sebanyak pengalaman dan ibrah dari setiap usrah yg dikau kendalikan. Yakinlah, sebenarnya engkaulah yg lebih memerlukan sesi usrah utk belajar membangun persediaan diri dan kemahiran berdakwah. Kerenah, telatah , gaya interaksi, penerimaan dan pemahaman ahli2 usrah mampu `mendidik’ naqib & naqibah mereka. Bertuahlah ahli2 usrah yg mempunyai naqib/naqibah yg sentiasa bermotivasi mengendalikan usrah masing2!
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 17 – Sabarlah dalam mengendalikan setiap sesi usrahmu. Tak tergambar besarnya ganjaran yg bakal menanti naqib/naqibah yg mampu membuka mata, telinga, hati dan akal ahli2 usrahnya – utk menghayati sebuah fikrah yg sejahtera & kembali menyusuri fitrah yg mulia. Ikutilah teladan Nabimu – mengharap ganjaran bukan dari manusia. Teruslah gigih beristiqamah tanpa jemu, sesungguhnya Allah SWT sedang melihat & memerhatimu.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 18 – Pelajarilah teknik memberi maklumbalas terbaik utk ahli2 dalam sesi usrahmu. Mulakan dengan maklumbalas positif & penghargaan lebih dahulu, barulah nantinya disusuli dengan teguran & nasihat.Seringkali, maklumbalas negatif lebih baik disampaikan secara bersemuka, bukannya secara terbuka. Namun pujian biarlah didengar oleh semua. Hargai seorg dua ahli setiap sesi, mengikut giliran hingga semua sudah merasa dipuji. InsyaAllah, mudahlah nanti mereka menerima teguran sekiranya ada yg tersilap kata dan perbuatan.
TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 19 – Tanamkan kecintaan ahli usrahmu kepada ilmu pengetahuan. Tanyakan mereka apakah buku yang sedang menjadi bacaan. Luangkan sedikit masa utk berbincang mengenai hal ehwal semasa – dalam dan luar negara. Buat rumusan dan kesimpulan, selaras dengan fikrah yg dibawa. Suntiklah semangat ingin tahu yg tinggi – bukankah kita sedang membina takungan pemimpin bertaraf dunia?

sumber : dakwah.info

Thursday 9 February 2012

Panduan Pemakaian Wanita Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim...







Penuhi Syarat-syarat Menutup Aurat Bagi Seorang Wanita

1. Menutup aurat menurut yang telah ditetapkan
Seluruh badan wajib ditutup kecuali muka dan tapak tangan.

2.Pakaian yang longgar
Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuhnya masih belum memenuhi tuntutan syarak.

3.Pakaian yang tidak jarang
Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit.

4.Bukan pakaian yang menarik perhatian
Tidak memakai pakaian yang menarik perhatian orang, contohnya pakaian yang berlainan daripada orang lain sama ada dari segi warna, fesyen dan sebagainya.

5.Tidak menyerupai pakaian orang lelaki atau pakaian orang kafir
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermaksud : “Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

6.Tidak bertabarruj
Tabarruj diertikan sebagai bersolek secara berlebih-lebihan. Selain itu ia membawa erti memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

Berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud : “Dan hendaklah kamu tetap di rumah mu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliyyah dahulu.”



sumber : cahayaislam.net

Sunday 5 February 2012

Sayangnya Nabi kepada kita

Bismillahirrahmanirrahim...

jom sama-sama hayati video ini sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhmmad SAW.. 


Saturday 4 February 2012

Bismillahirrahmanirrahim...



Di keheningan pagi,kini jari-jemari lancar bergerak memuntahkan rahsia hati.Kalam suci membuai hati merindu ILAHI .Kerana seorang srikandi yang dikagumi aku kembali menjari serpihan-serpihan mujahidah sejati dengan izinNya.Dia srikandi yang dirindui.Kalamnya membuat aku bicara sendiri tentang hakikat duniawi.
Kalamnya meresap dilubuk hati hatta memadam kegusaran yang diratapi..

"Ya Allah, aku rindukan ukhtiku ini,yang membawa ku mengenalMu dini hari.Semoga ukhwah ini dirahmati dan kekal hingga syurgawi.Kau kurniakanlah aku ketabahan seperti tabahnya Maryam apabila diuji.Kau ubatilah rinduku pada ukhtiku ini ."





p/s :  lekas sembuh ya Kak Nur..semoga tabah dengan ujian ni... Moga-moga Allah pertemukan kita.. =')

TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...