Patutkah manusia menyangka Bahawa
mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak
diuji (dengan sesuatu cubaan)?. Al Ankabuut 2.
Setiap manusia yang Allah cipta
sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara
ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian
tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt
mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau
hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang
membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam
kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian
juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya,
mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu
sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah
kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah,
lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah
beri terhadap kita.
Jika kita anggap diri kita ditimpa
musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,
mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain
menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Allah tahu kita kuat dalam
menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini
kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Al
Baqarah 286.
Allah menguji seseorang bukan kerana
Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi
ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang
terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya. Alihkan pandangan
matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan.
Tetapi hanya Allah sahaja yang
mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan
ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.
Jika rasa kecewa, alihkan
pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang
menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah
dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita
lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang
sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta,
memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu
mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan
pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah
bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana
kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan
cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak
pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Jika rasa tidak kuat atau lemah,
carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita
dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita
tidak mungkin bisa hidup berseorangan. Kita perlu tahu selepas ujian itu
selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian
yang seterusnya.
Untung bagi mereka yang selalu
diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi
hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang
ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
♥: Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kamu telah mncuba sedaya upaya.. :♥: Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira setiap titis air matamu.. :♥: Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa.. ALLAH sentiasa menunggu taubatmu.. :♥: Bila kau telah mencuba segalanya t...etapi masih tak berhasil.. ALLAH mengumpulkan segalanya untuk satu saat yang tak terduga.. :♥:Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman.. ALLAH telah berada hampir padamu untuk kurniakan kejayaan hakiki.. Hidup ini indah jika bersama ALLAH ^_^
Kringggg!!!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat baru bermula. Pelajar-pelajar lain sudah keluar dari kelas masing-masing dan mula membanjiri kawasan
kantin sekolah.
Irna hanya mampu menenangkan sahabatnya di sebelah. Dia tahu betapa
menderitanya sahabat baiknya itu, namun sebagai insan biasa dia tidak berdaya
memberikan bantuan. Hanya sokongan dan semangat yang mampu dihulurkan kepada
insan setabah sahabatnya.
"Iman, jom kita pergi kantin. Iman makan sikit. Nanti Iman kena makan
ubat," pujuk Irna walaupun dia tahu sahabatnya itu akan menolak. Muka Iman yang pucat lesi ibarat tidak berdarah itu
menggigit tangkai jantungnya. Sungguh, dia tidak kuat melihat keadaan
sahabatnya sebegitu. Tanpa disedari kolam matanya pecah juga. Ada tangisan
halus yang mengiringi air mata tersebut.
"Irna, kenapa ni? Janganlah menangis. Iman tak nak kawan-kawan Iman
menangis sebab Iman. Lebih-lebih lagi Irna, sahabat baik Iman dunia akhirat,
Insya-Allah," hati Iman bergetar menahan sendu yang berlabuh. Dia tahu
perasaan Irna tika itu, namun sebagai hamba Allah yang hanya menumpang di dunia
fana ini, dia akur dan pasrah atas segala takdir.
***********
Perkenalan mereka
semenjak minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru membuahkan persahabatan
yang kekal hingga ke hari ini. Mereka amat serasi bersama memandangkan mereka
banyak berkongsi minat yang sama. Hidup yang suram gara-gara terpaksa berjauhan
dengan ibu bapa dan keluarga akhirnya diwarnakan dengan suka duka dalam
bersahabat. Iman dan Irna sangat bersyukur kerana Allah telah mempertemukan
mereka berdua.
Ramai kawan mereka kagum melihat persahabatan mereka berdua. Keakraban mereka
yang boleh diibaratkan sebagai isi dengan kuku itu menyebabkan ramai yang
menggelar mereka sebagai adik beradik. Segala susah senang, sakit perit mereka
dirasakan bersama. Andai salah seorang daripada mereka sakit, seorang lagi akan
turut sakit menahan sebak di hati.
Irna termenung lagi. Sejak akhir-akhir ini dia semakin bimbang akan kesihatan
Iman. Jika dahulu sahabatnya itu seorang yang ceria, kini segalanya seakan
berubah. Walaupun ada senyuman yang terukir di bibir Iman, dia tahu segala
derita yang ada di sebaliknya. Dia cuba berlagak tenang dan kuat ketika
berhadapan dengan Iman tetapi jauh di lubuk hatinya hanya Allah sahaja yang
tahu.
"Iman, tadi Cikgu Athirah ada pesan, kalau Iman sakit, jangan paksa diri
pergi kelas, kalau ada apa-apa berlaku susah. Irna tak nak something happen
kat Iman," kata-katanya hanya dijawab dengan pandangan mata Iman. Seperti
biasa Iman hanya membiarkan bibirnya dihiasi dengan senyuman ikhlas yang selalu
diukirkannya.
"Irna, insya-Allah, Iman pun tak nak something bad happen, tapi
kita kena ingat, walau apapun yang telah berlaku atau yang akan berlaku,
segalanya datang daripada Allah. Kita kena terima dan redha," nafasnya
ditarik perlahan sebelum kembali berkata-kata.
"Irna, maafkan Iman ya, sebab dalam tempoh setahun ni Iman banyak
menyusahkan Irna, dan terima kasih jugak sebab Irna selalu ada di sisi Iman.
Jasa dan pertolongan Irna selama ni mungkin Iman tak sempat nak balas,
hanya.."
"Iman, janganlah cakap macam ni. Iman tak menyusahkan Irna pun," Irna
pantas memintas kata-kata sahabatnya itu. Dia tidak sanggup untuk mendengar
bait-bait kata yang ingin disampaikan oleh Iman.
***********
Seperti biasa
keluarga Iman akan datang melawat pada hujung minggu. Irna pula akan menemani
Iman. Hubungan Irna dengan keluarga Iman juga semakin baik hari demi hari. Ibu
dan ayah Iman sangat berterima kasih kepada Irna kerana telah banyak menolong
dan memberikan kata-kata semangat kepada anak perempuan tunggal mereka. Hati
ibu mana yang tidak sebak apabila melihat penderitaan si anak. Kalau diikutkan
hatinya, ingin sahaja dia menjaga Iman sepenuh masa tetapi dia tidak berdaya.
Memandangkan Iman bersekolah di sekolah berasrama, mereka sekeluarga pasrah.
Namun, mereka bersyukur sekurang-kurangnya Iman mempunyai seorang sahabat yang
baik seperti Irna.
"Iman, Iman dengar cakap ibu sayang," ada titis air di tubir mata
ibunya.
"Iman mesti jaga diri Iman baik-baik tau. Ubat tu mesti makan. Kalau Iman
sakit, beritahu ibu, beritahu warden. Kalau boleh ibu nak sangat jaga Iman. Ibu
sedih tengok anak ibu tanggung sakit sorang-sorang," pelukan dieratkan
diiringi dengan tangisan yang berpanjangan. Irna yang tidak dapat menahan
kesedihannya juga turut menitiskan air mata . Begitu juga dengan ayah dan
adik-beradiknya.
"Ibu, insya-Allah, Iman akan dengar nasihat ibu tapi ibu kena janji dengan
Iman. Ibu janganlah nangis. Iman tak sanggup tengok ibu nangis sebab Iman.
Ayah, jaga ibu baik-baik. Jangan bagi ibu lemah semangat, boleh ayah?
Ibu?" ibu dan ayahnya hanya mampu mengangguk lemah.
"Irna, terima kasih atas segala-galanya. Ibu harap Irna boleh tolong
tengok-tengokkan anak ibu. Kalau ada apa-apa berlaku, tolong beritahu ibu
ye," Irna mengangguk perlahan seraya tunduk menyalami tangan milik ibu
Iman. Hubungan yang baik antara mereka menyebabkan ibu Iman tidak segan membahasakan
dirinya sebagai ibu dengan Irna.
*****************
"Iman,
kenapa ni? Iman sakit lagi ke?" Irna semakin risau melihat keadaan Iman
yang semakin teruk. Dia mula hairan dan bimbang jika ada sesuatu yang akan
menimpa Iman.
"Iman, jom kita pergi hospital. Irna tengok Iman dah teruk ni, selalu je
sakit kepala, muntah-muntah, kita pergi hospital ok?" Irna sudah tidak
mampu berlembut dengan Iman. Sudah banyak kali dia cuba memujuk Iman untuk
pergi ke hospital. Namun jawapannya tetap sama.
"Irna, Iman okeylah. Cuma sakit kepala biasa je ni. Nanti lepas makan
panadol okeylah," Iman hanya senyum segaris.
"Tak boleh. Hari ni Iman kena dengar juga cakap Irna. Kita mesti pergi
hospital hari ni. Iman tunggu sekejap. Irna nak inform kat warden," pandangan Iman mengiringi langkah sahabatnya.
"Dah lama ke sakit ni?" doktor di hadapan memulakan bicara sambil
mencatat sesuatu dalam buku laporan kesihatan.
"Ermm, agak lama jugak la, tapi dulu tak sakit macam ni. Sekarang ni sakit
sangat-sangat. Kadang-kadang tak boleh nak tahan," Irna menggengam erat
tangan sahabatnya. Dia berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku.
"Selera makan macam mana? Okey?"
"Entahlah doktor tapi sekarang ni memang tak boleh makan sangat, selalu je
tak ada selera," doktor mengangguk perlahan sambil meneruskan catatan.
"Ermm doktor, maaf mencelah, tapi saya nak tahu kenapa hidung Iman
berdarah. Kadang-kadang gusi pun sama," doktor mula memandang Iman.
"Kita buat blood test dulu, nanti kita tengok macam mana," Iman dan
Irna saling berpandangan. Mereka mula merasakan seakan ada sesuatu yang tidak
kena.
**************
"Iman, saya
harap Iman akan bersabar, mungkin apa yang bakal saya sampaikan terlalu susah
untuk diterima, tapi saya yakin Iman seorang yang kuat,"
Berita yang disampaikan oleh doktor agar sukar untuk diterima. Sudah kering air
matanya mengenangkan perkara tersebut. Namun, dia beristighfar panjang. Iman
sedar segalanya telah ditentukan oleh Allah Pencipta Alam. Dari Dia kita datang
dan kepada-Nya kita kembali. Akhirnya dia redha atas segala-galanya.
"Hasil dari blood test yang telah dibuat, saya dapati Iman menghidap
penyakit leukemia," Iman dan Irna sangat terkejut dengan berita yang
dikhabarkan. Bagaikan hendak luruh jantung mereka. Iman hanya mampu memandang
Irna dengan pandangan kosong yang sukar untuk ditafsirkan.
"Pada mulanya saya ingatkan result tu salah. So saya dah buat test
tu 2 kali dan hasilnya memang positif. Saya harap Iman banyakkan bersabar
ya," doktor itu dapat melihat kesedihan yang terpancar di wajah mereka.
Lidah mereka juga kelu untuk berbicara, mungkin masih terkejut dengan berita
yang diterima.
"Penyakit ni dah peringkat kedua, dan mungkin kejam kalau saya cakap
penyakit Iman ni dah nak sampai peringkat ketiga,"
"Kalau kita dapat kesan dari awal-awal, mungkin sempat untuk kita
berikhtiar. Iman akan selamat kalau ada sum-sum tulang yang sesuai, tapi
sekarang ni, agak susah untuk kita dapatkan sum-sum tulang yang sesuai, tapi
insya-Allah, tak mustahil untuk sesuatu berlaku jika diizinkan oleh Allah,"
"Iman, Iman!!" Irna hairan melihat Iman yang jauh termenung. Dia tahu
apa yang sedang difikirkan oleh sahabat baiknya itu. Setiap kali dia melihat
wajah pucat Iman, pasti rasa sedih bertamu di hatinya. Sebagai hamba Allah yang
lemah, dia hanya mampu berdoa agar sahabatnya itu diberikan kekuatan dan
dipanjangkan umur.
"Eh, Irna, maaflah, Iman tak perasan tadi," Iman tersedar. Dia tahu
dia harus kembali ke alam nyata. Berita tentang penyakitnya yang diterima sejak
hampir setahun yang lalu sering mengganggu ketenangannya. Bukan dia tidak
menerima takdir Allah tapi dia takut. Dia takut untuk menghadapi sakaratul
maut. Bagi dirinya, bila-bila masa sahaja Malaikat maut akan menjemputnya
kembali kepada Yang Esa. Mungkin esok, minggu depan dan mungkin juga tahun hadapan.
Memikirkan hal itu, dia dirundung kesedihan. Dia sedih kerana andainya telah
ditakdirkan dia akan pergi dalam tempoh terdekat ini, dia sudah tidak dapat
sujud kepada Allah Ta'ala, dia tidak lagi dapat berbakti kepada kedua-dua ibu
bapanya. Dia juga takut apabila memikirkan adakah cukup amalannya selama ini
untuk dihadapkan di hadapan Allah. "Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa
ibu bapaku, dosa-dosaku, dosa seluruh ahli keluargaku, dosa guru-guruku, dosa
sahabat-sahabatku, dosa muslimin serta muslimat. Kau matikanlah aku dalam iman
dan Islam," detik hatinya.
********************
"Assalamualaikum,
Irna," hati Irna berdegup kencang sebaik sahaja menerima panggilan ibu
Iman.
"Waalaikumussalam, ibu, kenapa ibu, Iman sakit ke?" Irna semakin
gelisah apabila terdengar esakan halus dari corong telefon. Dia tahu ibu sedang
menangis.
"Irna, boleh tak Irna datang ke rumah ibu sekarang. Iman, nazak,"
Irna segera bertolak ke rumah Iman bersama-sama kedua-dua ibu bapanya.
Perjalanan selama sejam lebih itu dirasakan bertahun lamanya. Air matanya tidak
berhenti mengalir. Sedaya upaya dia menahan perasaan agar bersabar tetapi dia
tidak mampu. Dia tidak mampu untuk memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan
berlaku. Dia masih ingat pandangan Iman sewaktu hari terakhir persekolahan
sebelum cuti penggal bermula. Pandangan Iman tika itu memang sukar untuk
dimengertikan. Hanya air mata duka yang mengiringi perpisahan mereka saat itu.
Kata-kata maaf yang diungkapkan oleh Iman juga masih segar di ingatannya.
"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman.
Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir
Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu
terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman
sayang Irna, sayang sangat-sangat,"
Irna tidak dapat menahan perasaannya. Dia menangis lagi. Kata-kata Iman tempoh
hari betul-betul mengganggu fikirannya.
*****************
"Assalamualaikum,"
dengan lemah salam diucapkan. Langkah Irna lemah tidak bermaya. Kedatangannya
disambut dengan tangisan dan pelukan ibu Iman. Dia dapat merasakan betapa
eratnya pelukan itu. Hatinya pedih, jantungnya pula seakan berhenti berdegup.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya apabila melihat seorang sahabat yang
selama ini berkongsi susah senang dan suka duka bersamanya sedang terbujur
kaku. Fikirannya ketika itu kosong. Bukan senang untuk menerima kenyataan itu.
Kenyataan yang ternyata pahit untuk ditelan. Namun, dia pasrah dan redha dengan
takdir Allah. Sebagai hamba Allah yang beriman, dia mesti kuat dan bersabar
menghadapi ujian hidup. Kata-kata arwah Iman kembali menerpa ingatannya.
"Irna, maafkan Iman ye. Terima kasih sebab sudi jadi sahabat baik Iman.
Irna mesti ingat, walau apapun yang berlaku, Irna mesti tabah. Terima takdir
Allah seadanya, dan satu lagi, jangan biarkan hubungan Irna dengan ayah dan ibu
terputus seandainya Iman pergi dulu. Satu perkara yang Irna kena ingat, Iman
sayang Irna, sayang sangat-sangat."
"Insya-Allah Iman. Irna mesti kuat. Irna mesti tabah dan Irna pun
sayangkan Iman. Sayang sangat-sangat," getus hatinya.
************
Arwah Iman
sudahpun selamat dikebumikan. Perasaan sedih masih setia bertamu di hatinya.
Dia masih ingat betapa susahnya untuk mencium dahi arwah Iman gara-gara air
matanya yang tidak henti-henti mengalir. 'Sejuk'. Itulah yang dirasakannya sewaktu mencium dahi arwah buat kali terakhir.
"Irna," dia tersedar dari lamunan. Ibu Iman di sebelah dipandang
sayu. Apalah sangat kesedihannya jika dibandingkan dengan kesedihan seorang ibu
yang kehilangan anaknya. Irna dapat melihat tubir mata ibu Iman masih digenangi
air jernih.
"Ya ibu," tangan si ibu digengamnya seerat mungkin.
"Ibu jumpa surat ni atas meja arwah, untuk Irna," dalam sebak ibu Iman
menuturkan kata-kata.
Tangannya terketar-ketar semasa membuka lipatan surat itu. Surat terakhir
daripada seorang sahabat. Tanpa dapat ditahan, kolam matanya pecah lagi.
Bagaikan baru semalam mereka dipertemukan, kenangan mereka bersama masih segar
di ingatan.
Buat sahabatku
Irna.
Assalamualaikum,
Iman bersyukur sangat-sangat sebab Allah telah mempertemukan kita, walaupun
pertemuan kita hanya sekejap cuma tapi Iman tetap berterima kasih kepada Allah
sebab melalui Irna, Iman berpeluang mengenali erti sahabat sejati Irna. Maafkan
Iman atas segala kesilapan yang pernah Iman lakukan sepanjang persahabatan
kita. Sebenarnya Iman pun dah tak tahu nak tulis apa. Kepala Iman sakit sangat
ni tapi Iman tak nak tinggalkan Irna tanpa kata. Kalau boleh Iman nak sangat
jumpa Irna. Takut nanti tak sempat. Mungkin sekarang ni Iman dah dipanggil
menghadap Ilahi. Kalau boleh, Iman nak tengok Irna sebelum kita berpisah buat
selama-lamanya tapi Iman juga nak minta maaf kalau Irna hanya sempat tengok
jasad kaku Iman. Bukan Iman nak tapi ingatlah mati itu pasti bagi setiap
manusia. Iman harap, Irna akan bersabar. Tolong doakan Iman di sana ye.
Sebenarnya, Iman takut sangat Irna. Iman takut mati. Iman takut amalan Iman tak
cukup tapi apakan daya Iman, Iman dah tak boleh nak buat apa kalau dah takdir
Iman akan pergi dulu. Cuma Iman harap Irna teruskan impian kita untuk jadi
wanita solehah. Gunakanlah masa dengan sebaik mungkin. Laksanakanlah ibadah dan
perintah Allah selagi masa masih ada sebab kita tak tahu bila sebenarnya ajal
maut kita. Ingatlah sahabatku, kematian tidak akan menunggu sehingga seseorang
itu bersedia untuk menghadapinya.
Buat tatapan Irna, Iman sempat tuliskan lirik lagu nasyid yang kita suka.
Hayatilah setiap bait kata-kata yang ada pada lirik ni. Akhir kata doakanlah
Iman di sana. Wassalam.
Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau nsanea rahmat-Nya mengatasi segala
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan
Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman
Surat itu dilipat
kembali. Matanya basah dengan air mata.
"Ya Allah,
kau tempatkanlah sahabatku dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin," doanya di dalam hati.
"Semoga
Syurga menjadi milikmu, sahabatku. Walaupun pertemuan kita di dunia fana ini
telah berakhir, Irna berdoa agar kita dipertemukan kembali di Jannah-Nya.
Amin."
UKHUWAH..... "..TERLALU INDAH DIUNGKAPKAN DAN TERLALU MANIS PABILA DIHIASI DENGAN KASIH SAYANG KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN.. UKHUWAH.. TIDAK SEMUA MANUSIA MENGHARGAI SEBUAH UKHUWAH TERSEBUT..KEKADANG..KERANA SEBUAH UKHUWAH,AIR MATA SERING MENITIS KERANANYA.. UKHUWAH.. UKHUWAH ITU TERLALU BERERTI BUATKU YA ALLAH.... RAHMATILAH DAN REDHAILAH UKHUWAH KAMI.."
Buat sahabat-sahabat.. teman-teman..kawan-kawan..adik-adik yg d'kasihi Fillah. Kuatkanlah hatimu menempuh kehidupan ini. Semoga ujian yang dilalui mematangkan dirimu...
Yakin pada Allah bukanlah mengharapkan terkabulnya segala harapan. Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya... Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit. Di situ air mata menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka. Indahnya tarbiyyah Allah, tersirat rahmat & hikmah. Diuji kita sebagai tanda sayangnya... Bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasih-Nya. Takkan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah tetapi dilindungi dengan ujian & cubaan yang tak berkesudahan. Duhai sahabat, panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hamba-hambaNya. Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi hambaNya.
"Ya Allah, sentuhkanlah hati sahabatku ini...Saat dia jauh dariMu, peluklah hatinya... Saat dia mencintai sesiapa lebih dariMu, peliharalah imannya selalu... Jadikan dia hamba yang banyak berdoa,beristighfar & menangis di depanMu agar diberi kekuatan & kesabaran kerana setiap sesuatu adalah datang dari-Mu..."
Semoga Allah memberimu PELANGI untuk setiap ujian, SENYUMAN untuk setiap tangisan, RAHMAT untuk setiap cubaan, KEKUATAN untuk setiap dugaan & MAKBUL untuk setiap doa.
Salam perjuangan buat semua sahabat! Kuatkan hati. Allah sentiasa bersamamu. BERUSAHA!
Masjid penuh sesak dengan kaum Muhajirin dan Ansar. Semua berkumpul setelah Bilal memanggil mereka dengan suara azan. Ada tarikan cinta di sana, kekasih yang baru saja sembuh, yang membuat semua sahabat tidak mahu melepaskan kesempatan ini untuk bertemu dengan kekasih Allah swt.
Setelah mengimami solat, nabi berdiri dengan segak di atas mimbar. Suaranya basah, menyampaikankan kata-kata puji dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih. Suasana menjadi sunyi sepi, mulut para sahabat tertutup rapat, semua menajamkan pendengaran menuntaskan kerinduan pada suara Nabi. Semua menyiapkan hati, untuk disentuh serangkai hikmah. Selanjutnya Nabi bertanya.
“Duhai sahabat, kalian tahu umurku tidak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini, bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, kerana sekarang itu lebih baik”.
Semua yang hadir terdiam, semua mata menatap penuh pada Nabi yang terlihat lemah. Tidak akan pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening sari pati cinta. Tidak akan rela sampai bilapun, ada yang menyentuhnya meski hanya secuil jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.
Melihat semua yang terdiam, nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Kelihatan para sahabat masih duduk dengan tenang. Hingga ucapan yang ketiga kali, seorang lelaki berdiri menuju Nabi. Dialah ‘Ukasyah Ibnu Muhsin.
“Ya Rasul Allah, Dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Untaku dan untamu berdampingan, dan aku pun menghampirimu agar dapat menciummu, duhai kekasih Allah, Saat itu engkau menghambatkan cambuk kepada untamu agar dapat berjalan lebih cepat, namun sesungguhnya engkau pukulanmu mengenai lambung samping ku” ucap ‘Ukasyah.
Mendengar ini Nabi pun menyuruh Bilal mengambil cambuk di rumah puteri kesayangannya, Fatimah. Kelihatan rasa keengganan menyelubungi Bilal, langkahnya terayun begitu berat, ingin sekali ia menolak perintah tersebut. Ia tidak ingin, cambuk yang dibawanya melecut tubuh kekasih yang baru saja sembuh. Namun ia juga tidak mahu mengecewakan Rasulullah. Sekembalinya Bilal, cambuk diserahkannya kepada Rasul mulia. Dengan cepat cambuk berpindah ke tangan ‘Ukasyah. Masjid seketika mendengung seperti sarang lebah.
Lantas melompatlah dua tokoh mulia dari barisan hadapan. Yang pertama berwajah sendu, janggutnya basah oleh air mata yang menderas sejak dari tadi, dia lah Abu Bakar. Dan yang kedua, tokoh pemberani, yang ditakuti para musuhnya di medan pertempuran, Nabi menyapanya sebagai Umar Ibn Khattab. Gementar mereka berkata:
“Hai ‘Ukasyah, pukullah kami berdua, sesuka yang engkau mahu. Pilihlah bahagian manapun yang paling kau ingin, kisaslah kami, jangan sekali-kali engkau pukul Rasul”
“Duduklah kalian sahabatku, Allah telah mengetahui kedudukan kalian”, Nabi memberi perintah secara tegas. Ke dua sahabat itu lemah longlai, langkahnya surut menuju tempat mereka semula. Mereka pandangi ‘Ukasyah dengan pandangan memohon. ‘Ukasyah tidak berganjak sedikitpun.
Melihat Umar dan Abu Bakar duduk kembali, Ali bin Abi Thalib tidak tinggal diam. Berdirilah ia di depan ‘Ukasyah dengan berani.
“Hai hamba Allah, inilah aku yang masih hidup siap menggantikan kisas Rasul, inilah punggungku, ayunkan tanganmu sebanyak apapun, deralah aku”
“Allah Swt sesungguhnya tahu kedudukan dan niat mu duhai Ali, duduklah kembali” ungkap Nabi.
“Hai ‘Ukasyah, engkau tahu, kami adalah cucu Rasulullah, kami darah dagingnya, bukankah ketika engkau mencambuk kami, itu ertinya mengkisas Rasul juga”, kini yang tampil di depan U’kasyah adalah Hasan dan Husain. Tetapi sama seperti sebelumnya Nabi menegur mereka. “Duhai penyejuk mata, aku tahu kecintaan kalian kepadaku. Duduklah”.
Masjid kembali ditelan senyap. Ramai jantung yang berdegup kian cepat. Tidak terhitung yang menahan nafas. ‘Ukasyah tetap dengan pendirian menghadap Nabi. Kini tidak ada lagi yang berdiri ingin menghalangi ‘Ukasyah mengambil kisas. “Wahai ‘Ukasyah, jika kau tetap berhasrat mengambil kisas, inilah Ragaku,” Nabi selangkah maju mendekatinya.
“Ya Rasul Allah, saat Engkau mencambukku, tidak ada sehelai kainpun yang menghalangi pukulan cambuk itu”. Tanpa berbicara, Nabi langsung melepaskan ghamisnya yang telah memudar. Dan tersingkaplah tubuh suci Rasulullah. Seketika pekik takbir menggema, semua yang hadir menangis pedih.
Melihat tegap badan manusia yang di maksum itu, ‘Ukasyah langsung menanggalkan cambuk dan berhambur ke tubuh Nabi. Sepenuh cinta direngkuhnya Nabi, sepuas keinginannya ia ciumi punggung Nabi begitu mesra. Gumpalan kerinduan yang mengkristal kepada beliau, dia tumpahkan saat itu. ‘Ukasyah menangis gembira, ‘Ukasyah bertasbih memuji Allah, ‘Ukasyah berteriak haru, gementar bibirnya berucap sendu, “Tebusanmu, jiwaku ya Rasul Allah, siapakah yang sampai hati mengkisas manusia indah sepertimu. Aku hanya berharap tubuhku melekat dengan tubuhmu hingga Allah dengan keistimewaan ini menjagaku dari sentuhan api neraka”.
Dengan tersenyum, Nabi berkata: “Ketahuilah duhai manusia, sesiapa yang ingin melihat penduduk syurga, maka lihatlah lelaki ini”. ‘Ukasyah langsung tersungkur dan bersujud memuji Allah. Sedangkan yang lain berebut mencium ‘Ukasyah. Pekikan takbir menggema kembali. “Duhai, ‘Ukasyah berbahagialah engkau telah dijamin Nabi sedemikian pasti, bergembiralah engkau, kerana kelak engkau menjadi salah seorang yang menemani Rasul di syurga”.
Ya Rasulullah Kami juga ingin mencium tangan dan pipimu dengan penuh kerinduan..
“Ketenangan jiwa itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang yang beriman supaya hati mereka teguh di kala orang mengalami kegoncangan, mereka yakin di kala orang lain penuh keraguan, mereka sabar di kala orang berkeluh kesah dan mereka berlapang dada di kala ramai orang cemas..”
Alhamdulillah...Pada hari ini,ana masih diberi kesempatan untuk mencoret di kanvas tidak bernyawa ini..Semoga setiap detik dan saat yang berlalu sentiasa dinaungi rahmat dan kasihNya.. Berilmu tanpa amal itu umpama pohon rendang yang tiada buahnya..Semalam ana menjengah blog seorang ukhti..Subhanallah,blog yang menarik hati si pembaca.Penggunaan ayat yang berjaya menyentuh hati.Sungguh indah ciptaan Allah..Kali ini,ana ingin kogsikan sebuah kisah persahabatan yang diambil selepas mendapat keizinan tuan punya blog.Semoga bermanfaat untuk kita..=)
Entri ni ana copy n& paste jer dr facebook..semoga ada yang bermanfaat ...Selamat membaca...
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.