Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Wednesday 9 November 2011

Temanku Tersayang

Bismillahirrahmanirrahim...


Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar As-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana Al-KhaliQ,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran sanggup bersakit..


Serta tawakkal Ibrahim a.s yang mulia,
Ketika meninngalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
Meyakini Allah sebagai penjaga..


Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Meggerunkan musuh durjana..


Serta senyuman Syed Al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terenggut,
Roh dakwahnya tidak surut..


Teman tercinta,
Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid rohnya ke Syurga..


Marilah kita menyemai benih Hassan Al-Banna,
Fikrahnya jernih menggegar dunia,
Merelakan dirinya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah & Rasul..


Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yg tidak pernah suram..


Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya..


Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Wangian semerbak kasturi..


Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
Di mahkamah Mahsyar nanti,
InsyaAllah..=)

 Kawan sejati bagimu ialah orang yang setiap kali bersua denganmu, selalu menasihati dirimu kerana Allah, serta mengingatkan nasib dirimu di hadapan Allah. Kawan seperti itu, jauh lebih baik bagimu daripada kawan yang setiap kali bertemu denganmu, dia meletakkan dinar di telapak tanganmu.~ukhti Insyirah Soleha

Mujahadah perlukan pengorbanan.Dan semoga setiap pengorbanan sentiasa diisi dgn keikhlasan agar  mujahadah di balas Syurga yg berkekalan..(^_^).. 

No comments:

Post a Comment

TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...