Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday 15 November 2011

Memaafkan Lebih Baik


Bismillahirrahmanirrahim...
 
♥ JOM TARBIYAH HATI ♥
 
✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa.~✿

~> I’m so confused <~ (=.=)'
... Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pon berdosa ??
Then I asked my dad what’s that mean.
...

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Anak: Uiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: *blur (>,<)'
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak: Ooooooo... Ook...(n_n)'
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak: *termakan cili . hee (",)'
Ayah: Tapi tanggungjawab kita yang lebih utama berusaha menahan diri dari mengecilkan hati orang terlebih dahulu. Jika terasa hati dengan perbuatan tidak baik orang lain, ia adalah normal. Sebab itulah Allah mengharamkan perbuatan mencaci, mengumpat, memfitnah dan sebagainya. ... Cuma yang terasa hati tu, kalau tak mampu maafkan, bersemuka dengan orang yang mengecilkan hatinya. Mungkin perbuatannya tidak disedari melukakan hati orang lain. Bukannya diumpat di belakang empunya diri.
 
Kesimpulan :
 ♥~...Jangan mudah terasa hati...dan meyakiti hati org lain..
♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita...Na’uzubillah...
♥~ Tegur dgn berhikmah,bukan tegur yg membawa sifat mazmumah..
~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."
by..zuedean asclane-15:51-12/november/2011

 
✿~UJIAN ITU TARBIYAH,SABAR ITU INDAH~✿
kunci ketengan terletak pada kebersihan hati
Hati yg bersih ialah hati yang sering MEMAAFKAN.. manakala hati yg kotor adalah ...hati yg sering menyimpan didalamnya HASAD DENGKI dan DENDAM..
Siapalah kita untuk tidak memaafkan kesalahan atau pun dosa seseorang ke atas diri kita? sedangkan kita sering meminta supaya Allah Ta'ala mengampunkan dosa kita setiap hari di dunia..

Sedarilah hakikat betapa sukar sekalipun untuk memaafkan seseorang, namun berusahalah untuk bersikap sedemikian, kerana itulah jalan terbaik untuk memiliki ketenteraman dan kepuasan. Kemaafan itu umpama 'pisau bedah', dimana ia mampu membuang segala 'parut kelukaan' didalam hati kita. Meskipun gerun melihatnya apatah lagi sukar mengizinkannya, namun insyaAllah seandainya ia diizinkan, pasti beroleh ketenangan.

Namun seandainya kita tidak mahu bersikap memaafkan, bimbangnya ia menjadikan hati kita 'berpenyakit' dan membarah semakin parah hingga pelbagai 'penyakit hati' wujud didalamnya, lalu tiada siapa lagi mampu 'merawat'nya

"Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
(Asy-Syuura :40)

No comments:

Post a Comment

TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...