Aku duduk di balik jendela merenung ke luar.
Kabus pagi yang masih tebal membenamkan pemandangan bukit-bukit nan hijau ..
Hati memuji Tuhan.Maha suci Allah yg telah mencipta alam seindah ini. Hatiku
menjadi tenang serasa dekat dengan Yang maha Pencipta.
Aku membelek cincin dijari
manisku.Cincin emas tanpa batu yang disarung oleh bakal ibu mertuaku sebulan
lalu tanda aku telah ditunangkan dengan bakal Imamku. Demi menikmati ketenangan
itu, Kenangan lalu menerjah lagi di fikiran. Menari-nari di ruangan mata.
*****
“assalamualaikum..salam ukhwah fillah..semoga
ilmu yang ada dapat dikongsi bersama ya =) ” ENTER
Aku menunggu balasan dari seorang kenalan
baru. Yang banyak berkongsi ilmu di ‘group ukhwah’ .Satu-satunya forum yang aku
sertai di alam maya.Aku harap dapatlah berkongsi ilmu sepertimana dengan
sahabat-sahabat maya ku yang lain.
1 ‘notify’ muncul. Balasan dari dia. Seorang
rijal yang ku kira tinggi ilmu pengetahuannya.
“waalaikumussalam. InsyaAllah.. semoga ada
yang bermanfaat..semoga juga enti dapat berkongsi ilmu dengan ana yang jahil
ini .. :) ”
Hari berganti hari entah bagaimana kami
semakin akrab. Kami mempunyai matlamat hidup yang sama. Mendekatkan diri dengan
Yang Maha Agung setalah lama tersorot jauh dari Dia Yang Esa. Kami berkongsi
ilmu yang kami tahu. Aktif dalam forum yang kami sertai. Berkongsi masalah
agama. Saling memberi nasihat. Dan itu menjadikan kami semakin akrab walau
hanya di alam maya. Walau lansung tidak pernah bersua muka.
Aku menyedari aku semakin menyayangi rijal itu
lebih dari seorang sahabat. Fitrah Allah menjadikan lelaki dan perempuan itu
saling tertarik. Begitulah apa yang aku rasa. Kerana keprihatinannya. Aku juga
dapat merasakan dia juga menyimpan perasaan terhadap aku. Ah! Permainan syaitan
ini.
Namun kami meneruskan hari-hari kami seperti biasa tanpa menghiraukan perasaan ini.
Namun kami meneruskan hari-hari kami seperti biasa tanpa menghiraukan perasaan ini.
Aku mempunyai caraku yang tersendiri untuk
mengubah hidupku kerana arah tujuku masih jauh.aku sedar itu. Dunia semakin
maju dan aku mengambil kesempatan itu dengan mencari maklumat di laman siber.
Aku juga berkenalan dengan ramai orang. Mengutip ilmu yang mereka punya.
Membaiki diri sendiri. Hubungan persahabatan aku dan dia tetap seperti biasa.
Setelah hampir setahun kami bersahabat. Kata
kawan-kawan ku,
“persahabatan tanpa
pergaduhan adalah satu pembohongan”
Mungkin benar.Aku dan dia mengalami persalah
fahaman dengan isu yang kami bincangkan. Aku dengan persepsi aku dan dia dengan
persepsi dia.Nyata kami mempunyai pendapat yang berbeza.Aku mengalah dari terus
berbalah.
Sejak hari itu, aku dan dia semakin renggang
walaupun sama-sama telah memaafkan. Hampir sebulan kami tidak bertegur hanya
kerana aku menyibukkan diri dengan hal-hal aku. Lama sudah aku tidak aktif di
dalam group. Hanya dia sahaja.Aku hanya menjadi pembaca yang setia tanpa
melontarkan pendapatku seperti dulu. Ada ahli forum yang bertanya tetapi aku
cuma diam.Mungkin itu lebih baik.
Aku nekad Aku perlu menjauhkan diri. Demi kebaikan dirinya dan juga diriku sendiri.
Hatiku berbicara sendiri adakah ini petunjuk
dari Allah?? Adakah hubungan kami salah walau hanya di alam maya?? Walau hanya
dengan tujuan berkongsi ilmu Allah??
gambar ihsan Mr.Pesbuk |
Hatiku tidak tenang seperti ada yang perlu aku cari dan miiki.Tapi apa?? Aku bingung sendiri. Selama itu juga aku beruzlah. Memuhasabah diri , mengenang kembali dosa-dosa ku. Mencari-cari di mana pahala kebaikan ku. Adakah pahala ku lebih berat imbangannya dari dosa-dosa yang ku lakukan?? Mustahil.
Di keheningan malam, aku tunduk sujud
kepada-Nya. Jiwaku tenang. Menitis air mataku, mengenang kembali segala
perbuatanku selama hayatku. Ya Allah, sungguh aku jahil. Aku tahu Engkau tapi
aku tak mengenali . Aku tahu yang Maha Agung itu Engkau, tapi jarang sekali aku
mengagunggakan Mu. Berdosanya aku. Masih adakah untukku pengampunan.Zikir yang
teralun dari bibirku cukup membuatku tenang.Benarlah Firman Allah “ Ala
bizikrillahi tathmainnal Qulub” Maksudnya : Dengan mengingati Allah hati akan
menjadi tenang.
*****
Aku bertemu dengan murabbiku yang lebih mesra
ku gelar ummi. Dia begitu memahami. Aku menceritakan kegusaran hatiku. Apakah
aku benar-benar di jalan-Nya? Apakah betul tindakan aku bersahabat dengan rijal
itu yang telah membuahkan bibit-bibit kasih terhadap dia? apakah dosa2 ku akan
terampun oleh Allah?
Masih ku ingat ummi tersenyum sambil
berkata,
“ anak ummi, kamu betul bila niatmu ingin
mengenali Pencipta. Kamu tidak salah bersahabat dengan dia. Tapi, caramu itu
tidak benar anakku. Syaitan akan sentiasa mencucuk hati anak-anak adam selagi
mana ada ruang yang tak terhalang.oleh itu jangan leka.Hanya iman yang boleh
menjadi bentengnya.
Firman Allah yang bermaksud “Dan janganlah kamu
menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan
satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.
{al-isra’-32}
Pesan ummi lagi ,
“Dekatkanlah diri dengan pencipta kita
yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.Ingatlah anakku
apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang
lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin,
ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.”
“ Allah menyukai orang yang apabila dia
menyedari telah melakukan dosa, maka dia segera bertaubat kepada-Nya.
Sesunnguhnya Allah maha pengampun lagi maha Mengasihani”
Sungguh aku menangis di dalam dakapan ummi
tanpa rasa malu.Aku lebih malu kepada Allah. Ya Rabb!! Kau ampunilah dosa-dosa
ku, aku telah menggunakan nama Mu disebalik persahabatanku dan dia yang tidak
direstui oleh syara’ . Aku baru sedar.
Dalam kegelapan malam, aku bangkit sujud
menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi2 kembali
matlamat hidupku.Berqiamul lail telah aku lazimi sehari-hariku.
Aku yakin ini adalah jalan yang terbaik. Atas petunjuk Allah aku kembali sedar jalan yang kami pilih adalah salah.
Aku yakin ini adalah jalan yang terbaik. Atas petunjuk Allah aku kembali sedar jalan yang kami pilih adalah salah.
“Ya Allah… Berilah aku
petunjukMu.”
Secebis kekuatan hinggap di jiwaku.
*****
Telah ku rangka sebaik-baik ayat untuk di
jelaskan kepada dia. Supaya tiada di antara kami yang terluka. Berharap juga
pengertian darinya.Aku menarik nafas dalam-dalam, Kekunci ‘enter’ ku
tekan. ‘e-mail sent’ .
Assalamualaikum wbt
akhi.. . semoga akhi sentiasa di bawah lembayung rahmat-Nya. Pertamanya,
maafkan ana andai ada salah ana pada akhi.
Akhi,
selama ana mendiamkan diri, adalah memang segaja ana begitu. Ana rasa kehilangan matlamat hidup yang selama ini ana sematkan di hati, dan dalam tempoh itu ana mencarinya kembali.Semoga tujuan itu tidak lari dari segenap ruangan hati ini.
Akhi,
Ingatkah akhi pada perkenalan kita dahulu.Akhi banyak menegur kesalahan ana, menasihati ana. Syukran katsir. Suatu masa dulu juga Kita berkongsi cerita, saling memberi ilmu, saling cuba untuk memahami dan menjaga hati sebagai seorang sahabat.walau tidak pernah bersua muka, walau tak pernah mendengar suara, tapi hanya nyata di alam maya.
Akhi fillah,
Masih ingatkah akhi akan tujuan kita yang satu itu. Bersama mencari Redha Allah. Mencari cinta yang hakiki. Saling mencintai Sang Pemberi Cinta. Sungguh hari ini, pada ketika ini, ana semakin sedar tujuan tidak menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haram tetap haram.
Ana manusia lemah akhi, yang banyak ternoda dengan dosa.. yang masih perlu menagih pengampunan dari DIA .
Akhi ,
seribu kali maaf ana ucapkan. Ana sedar ana telah menjadi dugaan terbesar buat akhi dalam sedar mahu pun tidak. Ingatkah akhi pada ummi yang pernah ana ceritakan. Ummi pernah berkata, “ wanita adalah dugaan terbesar buat sang lelaki , dan sebesar-besar fitnah juga dari kaum wanita..” Mendengarkan itu ana kian sedar yang ana telah menjadi dugaan terbesar buat akhi. Ana dapat merasakan itu. ana mohon akhi dapat memaafkan ana.
Dengan berbekalkan kekuatan titipan Allah, ana berharap pengertian dari akhi agar kita tidak lagi berhubung demi kebaikan akhi dan juga ana. Ana tiada jaminan untuk hati ini sentiasa suci tanpa di calarkan oleh nafsu dunia.Dan jaminan itu hanya pada Allah SWT. Sama-sama lah bermujahadah menagih cinta-Nya dengan cara yang lebih Allah redhai.
Akhir kalam , Semoga Allah mengurniakan rahmat dan kasih
sayang-Nya kepada akhi.. Ingatah akhi sesungguhnya Semakin kita mendekati
Allah, semakin Allah dekat dengan kita,. Ana harap perpisahan ini membawa
pertemuan yang lebih baik.Biiznillah .. Semoga juga akhi thabat dalam
perjuangan mengejar Yang Satu itu.
Wassalam..
Adakah aku telah melakukan dosa memutuskan
silaturrahim? Tidak mungkin aku boleh mengembalikan persahabatan kami. Dia
seorang lelaki dan aku seorang perempuan. Ada batas yang memisahkan antara
kami. Mana mungkin aku berkawan rapat dengannya. Aku sudah berjanji untuk
berubah. Aku sudah berjanji untuk menjadi insan yang lebih baik. Janjiku bukan
pada sebarangan orang. Aku berjanji pada TUHAN Yang Maha Esa.
**"Wahai adik-adik
akak sekalian, tiadalah kebahagiaan jika Allah tidak redha akan kehidupan kita.
Tiadalah yang dikatakan bahagia jika tidak kita turuti jalan atur yang telah
Allah tunjukkan.Tiadalah keselamatan bagi setiap dari kita dari genggaman
kekuasaan Allah. Dan tiadalah sebuah kedamaian jika tiada DIA di dalam setiap
perjalanan kita. Takutilah Allah, bertaqwalah kerana dalam ketaqwaan itulah
Allah menunjukkan jalan.
Seperti
di dalam firman Allah surah at-Thalaq, ayat 2 yang bermaksud
....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar..
....Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar..
Maafkan aku, Akhi. Biarlah persahabatan kita berlalu begitu sahaja walaupun pahit. Aku percaya itulah yang sebaiknya buat kita.
Semoga Allah memberi petunjuk yang terbaik..Ameen.
*****
Kini
aku bukan lg Syifa’ yg dulu. Aku kini Syifa’ yang baru. Yang sedang berusaha
untuk berubah menjadi hamba yang benar-benar merindu Pencipta. Mengharap
maghfirah dan rahmat dari-Nya.Sudah lebih setahun perkara itu berlalu dan
selama itu jugalah aku mencari apa yang jauh dariku. Mencari Dia yang Kekal
untuk dirindui.
Aku
belajar daripada ummi tetang banyak perkara. Dari bab ibadah hinggalah fiqih
wanita.Aku juga kerap menghadiri kelas-kelas agama, majlis-majlis ilmu dan
usrah mingguanku. Selama proses penghijrahan itu lah aku diuji oleh Allah
berganti ujian namun aku sentiasa bersyukur dan akur bahawa fitrah seorang
hamba Allah itu mendapat ujian tanda kasihnya Dia kepada kita.
Patutkah manusia
menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”,
sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?. {Al Ankabuut 2}
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
{Al- Baqarah 286}
Ummi juga lah menjadi penasihat aku yang setia. Masih lagi ku ingat madah kata dari ummi
**”Dan
kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita
supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan
yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Pasti
Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada
hikmahnya. Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan
penuh dengan ketenangan.
Tetapi
hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan
kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia
kehidupannya.
Jika
rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun
berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke
arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.”
Indah kata-kata dari ummi.Mengusap jiwaku yang kadangkala gundah
ditampar ujian yang datang bertandang.Sungguh Allah itu Maha Adil. Dia
datangkan ujian dan Dia jugalah yang datangkan insan-insan yang amat menyayangi
diriku.Peniup semangat batinku.
Dan kini hanya beberapa jam sahaja
lagi aku bakal bergelar isteri kepada seorang rijal yang juga merupakan adik
kepada naqibahku. Aku hanya mengetahui namanya tetapi tidak ku tahu rupa
parasnya. Biarlah begitu kerana aku hanya mahu memandang wajahnya, mengenali
sikapnya, mencintai dia setelah aku benar-benar sah sebagai bidadarinya .
Aku tidak mahu ikatan kami yang masih tidak
halal ternoda dengan nafsu yang datangnya dari syaitan. Aku yakin dia adalah
jodohku yang tertulis di luh mahfuz. Jodoh yang ku terima selepas istikharahku
kepada Allah.
*****
“Aku terima nikahnya Syifa’ Khaira binti Ahmad
Syukri dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai”
Segala puji bagi Allah, Dengan sekali lafaz
aku sudah sah menjadi seorang isteri kepada insan bernama Hadi Al-Hafiz bin
Hasan Ar-Rayyan.Hatiku diserbu rasa sebak, selepas ini aku bakal memikul
tanggungjawab sebagai seorang isteri. Bersediakah aku?? Semoga Allah memberiku
kekuatan.
“Assalamualaikum ya habibati”
Tiba-tiba satu suara yang amat asing bagiku
menyapa di telinga.Terkelu lidahku, tersentak hatiku.Aku tunduk malu. Ku tahu
wajah ku sudah bertukar rona kemerahan di balik purdahku.Hatiku
berdebar-debar.Dihadapanku kini duduk seorang lelaki yang tidak aku kenali tapi
aku tahu dia adalah suamiku.
“waalaikumussalam ya zauji” .Ku beranikan diri
menjawab salamnya.Ku pangungkan sedikit kepalaku dan pandangan mata kami
bersatu. Aku terpana begitu juga dia..Dia mengukir senyuman manis buatku.
Subhanallah.Indah sungguh wajahnya.
Aku menyalami tangannya sebagai tanda
hormat.Aku dapat rasakan tangannya menyapa kepalaku.Air mataku menitis sekali
lagi.Air mata bahagia barangkali . Aku bersyukur dikurniakan Allah seorang
suami yang soleh.
“Ya Allah jadikanlah pernikahan ini sebagai
ibadah aku dan dia kepadaMu dan Engkau jadikanlah kami hamba yang terbaik
disisiMu selain Nabi dan para sahabat.Ya Allah, jadikanlah aku seorang isteri
yang solehah, yang sentiasa menghormati suami dan menjadi penenang hati dia dikala
pulang dari mencari nafkah buat keluarga kami.aameen”
*****
Aku baru sahaja selesai mengerjakan solat
isyak diimamkan oleh suamiku.Kami duduk di birai katil.Aku menanti dia
memulakan bicara.
“sayang, terima kasih sebab sudi terima abang
sebagai suami sayang . ”
“ saya yang patut berterima kasih dengan abang
sebab sudi jadikan saya isteri abang. Saya harap abang dapat menerima segala
kekurangan yang ada pada diri saya”
“InsyaAllah. Begitu juga dengan abang”.
“Abang, boleh saya tahu kenapa abang jadikan
saya isteri abang? Sedangkan sebelum ini kita tak pernah saling mengenali”.
“Kerana Allah sayang.
Rasulullah SAW bersabda dalam satu hadith
“Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya, maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu”(Riwayat Bukhari & Muslim)
Oleh sebab itulah, Rasulullah menyuruh memilih
pasangan kerana agamanya sebab kekurangan dalam rupa, harta dan nasab atau
keturunan akan disempurnakan oleh agama.Dan abang memilih sayang kerana agama
"
Dan pada malam itu jugalah aku mengetahui
bahawa suamiku adalah ‘akhi’ yang pernah ku kenali dahulu.Sungguh indah percaturan Allah. Setelah hubungan
kami terputus, dia banyak bertanyakan tentang aku kepada kakaknya dan
mengkhitbah aku setelah dia tamat pengajian masternya.Aku tidak tahu bagaimana
dia boleh mengenaliku.Biarlah ia menjadi tanda tanya dibenakku. Aku tidak
mahu tahu kerana hakikatnya aku sudah halal di sisinya.Tiada lagi batas-batas
yang harus di jaga .Aku ingin pernikahan ini menjadi saham pahala yang berganda
untuk kami di akhirat kelak.
Kita merancang,Allah juga merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT.
Aku berharap cintaku kepada Allah dan
Rasulullah kekal yang utama disamping cintaku kepada suamiku. Bi Iznillah .
''cinta sejati pasti duji..
ReplyDeleteujian itu sakit dan pahit kerana itu ialah ubat dan penawar yang paling mujarab.."<3
uhibbukifillah
syukran .. ujian yang Allah titipkan senantiasa mengundang kebaikan jika dipandang dengan hati yang berlapang dada .. <3 syukran .. uhibbuki fillah aidhan .. daaiman .. =)
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletesyukran jazilan ya ukhti..meresap ke jiwa..sepatah demi sepatah ku telan lalu ke hati..
jazakallahu khairan khatira..
moga kita bersama2 mendapat manfaat ... ukhuwah fillah..
^_^
ukhti-huda.blogspot.com
waalaikumussalam wbt .. alhamdulillah..
DeleteAllahumma aameen.. ^^ jazakillahu khair .. =)
Subhanallah... Sungguh luar biasa cara Allah mempertemukan dua org insan yg saling mendamba. Campur tangan Allah memang tidak pernah meleset. Sungguh terharu membaca kisahnya ukhti :)
ReplyDeleteSemoga bermanfaat. Kita jaga hubungan dgn Allah, Allah akn jga hubungan dgn manusia. :D
Delete