Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Saturday, 21 September 2013

SANDARAN HARAPAN

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Alhamdulillah.. Alhamdulillah..


Pernahkah dalam sehari-hari kita diberi nikmat kehidupan di dunia ini bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepada kita. Pernahkah kita bersyukur dengan kehidupan kita sekarang..  Pernahkah kita memuhasabah diri dalam sehari2 kita melakukan setiap perlakuan.. setiap perbuatan.. ??? sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur dengan apa yang mereka perolehi.. 

Namun, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. 
DIA sentiasa mengasihi hambanya walaupun seringkali di LUPA kan.. 
SETIAnya Allah pada hamba-hambanya 
ZALIM kah kita mencari NYA pabila musibah melanda..

Fitrah manusia kembali bergantung kepada PENCIPTA kita.. 


Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harusku sandarkan
Bicara hati ini yg amat merunsingkan
Padamu Oh Tuhan.. ku mohon pimpinan

Telah sekian lama ku semaikan
Cinta dan kesetiaan...hanya pada insan
namun kini yg kutuai
Hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan

Aku...diburu kenangan silam
Di kala..leka dibuai percintaan
Tiada kusedar apa yg aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan..

Ya Allah..telah ku mungkiri
janji-janji padamu
Ya Allah telahku khianati segala amanahmu
Bagaimanakah untukku kembali
Kembali padamu
Mendapatkan kepercayaanmu
Oh Tuhan.... Ampunkan dosa2 ku...








Wednesday, 21 March 2012

Allah Sayang hamba-hambaNya ^_^


Bismillahirrahmanirrahim …

Nabi Ibrahim Khalilullah pernah memanjatkan doa di tempat pengambalaan ternakannya di sebuah bukit di baitul maqdis. Lalu, dia bertemu dengan seorang lelaki, ahli ibadah. Kemudian terjadilah dialog di antara mereka.

Ibrahim bertanya, “ Hari apakah yang paling mulia?”

Ahli ibadah menjawab, “ Hari pembalasan ketika manusia dibalas, antara satu dan sebahagian yang lain.”

“Apakah engkau boleh mengangkat tanganmu untuk berdoa, sedangkan aku sendiri juga mengangkat tangan mengaminkan doamu agar kita dihindarkan daripada kesengsaraan hari itu?” ungkap Ibrahim.

“Janganlah engkau mengharapkan doaku. Demi Allah, aku pernah berdoa sejak 30 tahun silam, tetapi sampai sekarang doaku belum dikabulkan.” Jawabnya.

“Apakah engkau mahu aku jelaskan tentang sesuatu yang mengekang doamu?”

Ahli ibadah itu menjawab, “Ya.”

“Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hambanya, nescaya Dia akan menahan doanya agar dia selalu bermunajat, mengiba, dan memohon kepada-Nya. Sementara itu, jika Dia marah kepada seorang hamba, nescaya Dia akan cepat mengabulkan doanya atau menghunjamkan keputusasaan di dalam hatinya.”

Jika doa seorang hamba selalu dikabulkan setiap kali dia meminta, ketahuilah dia bukanlah hamba lagi. Dia diperintahkan berdoa kerana dia seorang hamba dan Allah melakukan apa sahaja yang Dia kehendaki.-(Al Syaikh Al Baha’i)

credit by : cahaya.net

TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...