Merentas Masa Hidupku

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday 21 May 2020

KISAH CINTA TERPISAH SEMENTARA

Bismillahirrahmanirrahim...

Beberapa hari ini, tertarik dengan surah Yusuf.  Satu-satunya surah dalam Al-Quran yang menceritakan kisah hidup seorang nabi dari masa kecilnya hingga dewasa hingga diangkat menjadi Rasul.
Kisah CINTA seorang ayah kepada anaknya yang terpisah.
Kisah CINTA seorang wanita kepada lelaki dan sebaliknya.
Kisah CINTA seorang hamba kepada Tuhannya
Kisah CINTA Tuhan kepada hambaNya
Kisah perjuangan mendapatkan CINTA dari Rabbi dan bagaimana indahnya Allah menyatukan CINTA pasangan kekasih dengan Takdir yang terindah.

Dan disebalik cerita indah itu, ku menemukan video ini. :)

Gus Apang & kS2K - Yusuf Dan Zulaikha

Selamat menikmati liriknya yang indah. Selamat terbuai dengan kisah indah mereka.


Sebuah kisah cinta yang terindah dalam kitab suci,
Cinta seorang hamba dan Rasa cinta sang permaisuri.
Ingin lepas dari ikatan sang raja
Dan akhirnya bersandiwara dia merayu
Hamba yg mempersona

Tuhan takdirkan
Rasa cinta dihati mereka
Sabar menanti
Mereka terpisah sementara
Hanya diakhir cerita
Tuhan satukan mereka
Penuh syukur dan bahagia
Mereka hidup bersama
Huu......

Dewi Asiah isteri Firaun
Dewi Maryam tak bersuami
Namun diakhir kisah nanti mereka akan menjadi pendamping Nabi Muhammad
Nabi Ibrahim harus rela terpisah sementara dari Dewi Sarah, kerana ada skenario yang indah dari Tuhannya
Nabi Adam harus terusir dari syurga kerana cintanya kpd ibu Hawa
Nabi Yusuf harus rela terpenjara demi cintanya kepada Dewi Zulaikha
Diakhir kisah mereka semua hidup bahagia 

Berkah mereka semoga kau
Terlepas darinya
Sabar menanti semoga Tuhan
Satukan kita
Hingga diakhir cerita
Tuhan satukan mereka
Penuh syukur dan bahagia
Mereka hidup bersama
Begitupun cinta kita
Harus terpisah sementara
Semoga diakhir cerita
Tuhan satukan kita

Aku disini menantimu begitupun kamu
Berkah mereka Tuhan satukan aku dan kamu




Bait² akhir, pesan tersampaikan. Moga kutemukan Yusuf ku. Berkat kisah perjuangan Nabi² terdahulu, moga Allah satukan kau dan aku. ❤

No comments:

Post a Comment

TAKDIR DAN REDHA

Bismillahirrahmanirrahim..   Bertemankan sebuah buku, aku berjalan sendirian di tepian pantai. Bayu angin petang itu terasa nyaman sekali. I...