Bismillahirrahmanirrahim…
Allahumma Salli Wasallim Ala Wabarik wassallim..
Ruangan ini tampak sepi daripada kata-kata yang terbit dari
hati dan ilham itu datang daripada Allah. Bukan tidak punya idea atau isi, tapi
ku tak punya kekuatan untuk meluahkan.. merasakan diri ini masih mentah dan
tidak layak untuk memberi sedangkan diri sendiri masih terumbang ambing di
pelayaran yang tidak ku tahu hujungnya di mana dan bagaimana.
Adakah pelayaranku berjaya mencapai Mardhatillah ? atau
hanya separuh jalan dan tenggelam di lautan nikmat dunia hanya kerana imanku
nipis seperti kulit bawang. .
Benarlah ada yang berkata,
“menjadi penulis atau pendakwah , apa yang disampaikan
kepada mad’u akan diuji kepada diri sendiri juga . Cuma menanti waktu cepat
atau lambat”.
Dan disaat diri teruji apakah tali yang kau pegang untuk
terus bertahan. Semoga Allah lah sebaik2 Penolong dan Iman ku juga kamu tidak
goyah hanya kerana musibah itu.
Doakan saya terus kuat untuk tetap berada di medan ini. Tahun
baru, suasana baru, persekitaran baru, semoga IMAN tetap yang SATU.
Strive for Mardhatillah. (^_^)